Tahun 2007 hampir pada penghujungnya
Posted on December 13, 2007
Filed Under umum |
Kejam celik,kejam celik, hanya tinggal lebih kurang 2 minggu sahaja lagi kita akan melabuhkan tirai tahun 2007 dan tahun 2008 kan kembali.Sudah agak lama saya tidak update blog dengan posting yang baru kerana terpaksa ronda-ronda sana sini.
Pastinya tahun 2008 akan lebih mencabar.Harga barang dijangka naik mendadak selepas pilihanraya.Begitu juga dengan bahan api.Oleh itu kita seharusnya bersiap sedia menghadapi cabaran ini.Sediakan payung sebelum hujan.Bagi penduduk yang hadapi banjir,saya berdoa anda selamat semua.Anggap ini sebagai musibah yang kan meningkatkan keimanan kita.
Berita gempar 1-2 hari ini tentang gempa bumi di Bukit Tinggi Pahang. Walaupun 3.2 skala ritcher.Tetapi itu petanda amaran awal daripada Allah bagi orang-orang yang mahu berfikir.Tempat peranginan dan hampir dengan pusat…..
Minggu depan mesti sibuk kepada mereka yang mempunyai anak2 nak sekolah.Bagi kakitangan awam walaupun gaji mereka naik,tapi kos hidup dan barang mendadak naik telah membuat mereka sesak nafas.Oleh itu berbelanjalah dengan bijak.Kakitangan swasta pun lagi parah,gaji tak naik….ikat perut aje le.
Bagi orang berniaga,ada masa naik ada masa surut.Jadi pandai-pandai merancang strategi dan berjimat cermat.Bagi orang kampung,lagi sedih.Pada anaka-anak tu,ingat2 lah mak bapak kat kampung.Hulur2 lah apa yang patut.





Leave a Reply