Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Siri pameran Tutankhamun

Posted on April 8, 2008
Filed Under umum |



Pameran ini memberi fokus kepada lebih 50 barang-barang berharga
dari makam Tutankhamun dan lebih 70 artifak mewakili firaun yang lain.


BAHAGIAN kepala sebuah keranda
firaun yang merupakan antara 140 barangan yang akan dipamerkan di
Atlanta, Amerika Syarikat pada bulan November ini.




SATU pameran yang menampilkan lebih daripada 130 barang berharga
dari makam Raja Tutankhamun serta pelbagai peninggalan lain di tapak
tersebut akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Siri pameran Tutankhamun jelajah Amerika Syarikat (AS) itu akan
bermula di Atlanta pada bulan November ini. Melaluinya pengunjung akan
dapat menyaksikan dengan lebih dekat segala barangan berharga
peninggalan Raja Mesir itu.

Muzium Michael C. Carlos dari Universiti Emory baru-baru ini
mengumumkan mereka akan membuka pameran tersebut kepada orang ramai di
Atlanta Civic Center pada awal November sehingga 22 Mei 2009.

Pameran tersebut akan memberi fokus kepada lebih 50 barang-barang
berharga dari makam Tutankhamun dan lebih 70 artifak mewakili lain-lain
yang tidak kurang pentingnya.


SEBUAH bekas suci yang mempunyai figura Anubis.




Selepas Atlanta, pameran tersebut akan berpindah ke Muzium
Indianapolis Children yang dijangka bermula pada bulan Jun sehingga
Oktober 2009.

Tutankhamun: The Golden King & The Great Pharaohs merupakan
pameran kedua yang dianjurkan National Geographic sebagai penghargaan
terhadap peninggalan warisan Raja Tutankhamun dan kerabat diraja Mesir
lama.

Pameran pertama, Tutankhamun & The Golden Age of the Pharaohs
yang diadakan sebelum ini telah dikunjungi hampir empat juta orang
sewaktu siri jelajah empat buah bandar di AS bermula pada tahun 2005
hingga 2007.

Selain Atlanta, pameran ini juga akan berlangsung di Dallas serta
dua buah bandar utama lain di AS yang akan dinyatakan kemudian.

“AS amat mengalu-alukan pameran sebegini yang mana ia akan membawa
kita mengingati kembali kehebatan firaun yang pernah memerintah Mesir,”
kata Zahi Hawass, Setiausaha Majlis Tertinggi Barangan Antik Mesir yang
akan menerima sebahagian keuntungan daripada pameran ini.

“Pameran ini diharap akan meningkatkan dana yang kami perlukan untuk
memelihara monumen-monumen, makam dan pengubahsuaian muzium di seluruh
negara.”

Tutankhamun merupakan salah seorang raja terakhir Mesir pada dinasti
ke-18 dan memerintah sewaktu saat-saat genting dalam sejarah
pemerintahan Mesir.

Anak raja tersebut meninggal dunia dalam keadaan misteri sekitar
usia 18 atau 19 tahun pada tahun kesembilan pemerintahannya (1323
Sebelum Masihi).

KERANDA firaun Tutankhamun yang asalnya mengandungi perut firaun turut dipamerkan.



Pameran tersebut akan turut memuatkan kajian saintifik terbaru
mengenai Raja Tutankhamun yang mengandungi artifak sejak dinasti
keempat. Ia termasuklah sumber-sumber dari kuil dan makam diraja yang
mana ramai di antara kita masih belum pernah melihatnya.

“Antara barangan yang akan dipamerkan termasuklah kasut emas
Tutankhamun, barang kemas, perabot, senjata serta patung arca,” kata
seorang pegawai pameran.

Selain itu, turut dimuatkan ialah imej terbesar Raja Tutankhamun
yang pernah ditemui sepanjang tiga meter serta imbasan CT terhadap raja
tersebut yang akan membolehkan pengkaji menyusun tiga gambar dimensi
pertama firaun.

Untuk membuat tempahan tiket, bolehlah melayari laman web www.kingtut.org atau www.carlos.emory.edu - Reuters

sumber : kosmo online

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.