Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Komen orang luar tentang program angkasawan Malaysia

Posted on October 21, 2007
Filed Under umum |




aKUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai “boleh” tetapi “bodoh” apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.
Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

“Thas not Malaysia “boleh”, that’s Malaysia “bodoh” (stupid),” tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.
Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.
Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.
Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.


“Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.
“Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.
“Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield,” tulis Backman dalam tulisannya.
Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.
“Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata ‘boleh”. Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka,” tulis Backman.

Apakah pendapat anda tentang komen mereka ini?

Dipetik daripada sumber : bukitbesi.net

Artikel berkaitan

Comments

5 Responses to “Komen orang luar tentang program angkasawan Malaysia”

  1. amy... on November 3rd, 2007 3:58 am

    Ini yg aku x puas hati ni…apahal lak si’Backman’ ni nak komen2.apa salahnye MALAYSIA nak maju..Dia ingat negara dia je yg nak maju.?! “DONT BE SELFISH!!!!!!”.

    and “MALAYSIA BOLEH” not “MALAYSIA STUPID!!!!!!” If you can tell my COUNTRY is “STUPID” not “IMPOSSIBLE” i can’t tell “YOU” ARE STUPID TOO!!!!!!!!!!!!

  2. dhurai on June 1st, 2008 12:22 pm

    malaysia maju di angkasa. malaysia boleh!!!!!!

  3. katukan... on June 9th, 2008 7:58 am

    apa la lu malaysia.. wa bukan pa.. wa mau cakap yang betul… lu aa maaysia wat pa buat bangunan tinggi2 mau kasi tengok orang luar… itu teda guna la… banyak lagi rakyat malaysia ni yang ada masalah kewangan.. alangkah baiknya program angkasawan malaysia itu tidak berlaku.. dengan wang yang sebegitu banyak, malaysia mampu membantu golongan2 yang kurang berkemampuan… setakat menumpang nama dengan kapal angkasa orang luar.. apa yang harus di banggakan… sehingga kini.. apa kesan baik tentang program itu? tidak ada bukan… membuang duit rakyat sahaja.. fikir2 la sendiri…

  4. diya on September 6th, 2008 3:00 am

    hei..
    asal lak hah si”backhem” atau pun “monyet” tu
    MALAYSIA BOLEH BUKAN BODOH..
    yg aku pelik .. ape slah angkasawan kite tu..
    katukan ape kes lak dgn kau ni..

  5. akulathu on September 2nd, 2009 12:43 am

    kata Michael Backman lagi..click sini,

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.