Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Memperolehi anak yang cerdik

Posted on February 2, 2008
Filed Under tips |



Saya mulakan dengan satu topik yang semua orang berminat dan bertanya. Bagaimana mahu mendapat anak yang cerdik. Berbagai pendapat dan cara telah diketengahkan. Ada yang menggalakkan berbagai cara dan ada pula yang menggalakkan sesuatu makanan tambahan. Mungkin semua nya benar dan mungkin ada yg kurang tepat.

Untuk saya, asas kepada mendapat anak yang cerdik ialah bermula di ranjang atau katil. Seperti yang kita ketahui, untuk orang islam, ada cara dan adab yang amat digalakan untuk diikuti.

Sebenarnya DOA untuk bersama suami isteri di permulaan sebelum bersama itu adalah amat penting. Ini untuk memastikan syaitan dan makhluk makhluk lain tidak bersama sama melakukannya. Di masa yang sama kita mahu keberkatan dan pahala semasa bersama suami isteri.

Situasi kedua yang amat penting ialah DOA semasa Benih Keluar. Bagi mereka yang telah berkahwin, semuanya mengetahui bagaimana keadaan semasa benih keluar. Tetapi berapa ramai yang mengamalkan doa dimasa itu. Ramai yang tenggelam didalam keletihan sehingga terlupa perkara lain. Oleh itu berdoalah semasa benih keluar. Pilihlah doa-doa yang sesuai.

Sebagai contoh doa seperti ”Ya Allah, jadikanlah benih ku ini benih anak-anak yang bijak cerdik dan pintar. Jadikan benih ini anak-anak yang soleh/solehah dan menjadi mujahid mujahid mu”.

Ada yang akan mengatakan mana sempat! Tetapi itulah, untuk mendapat sesuatu yang berharga maka ianya perlu disempatkan dan di beri ruang.

Suami perlu bertanggungjawab didalam bab mengeluarkan benih yang cerdik dan soleh. Suami yang amat perlu berdoa semasa mengeluarkan benih. Suami juga perlu bertanggungjawab memastikan isterinya mengeluarkan benih yang baik. Anak tidak menjadi jika benih nya satu. Bagaimana? Dengan memastikan suami tidak syok sendiri dan makan seorang. Juga dengan memastikan isteri juga bersama sama dalam menikmati anugerah Allah.

Semoga diberkati.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.