Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Seni Jimak Dan Teknik Gempa Kering (18SX)

Posted on June 18, 2008
Filed Under seks, seksologi timur |



Melakukan jimak yang memuaskan bersama isteri tersayang mempunyai
manfaat kesihatan kepada kedua belah pihak. Namun dalam ilmu perubatan
tabib Cina kuno, melakukan jimak terlalu kerap boleh melemahkan tubuh
badan dan melemahkan tenaga batin. Begitu pun, ramai pasangan suami
isteri yang mahu kerap berjimak terutamanya jika usia mereka masih
muda. Apakah rahsia agar tubuh memperoleh manfaat kesihatan hasil jimak
tersebut? Sila baca seterusnya.

Tenaga
batin tidaklah hanya berguna untuk jimak semata-mata. Tenaga batin
dapat disalurkan menjadi tenaga lain seperti tenaga seksual dan tenaga
kreatif. Seorang pesilat juga menggunakan tenaga batin untuk menjayakan
berbagai jurus. Seseorang lelaki yang kerap mahu jimak masih boleh
tetap bertenaga dengan syarat dia melakukan jimak hingga inzal tanpa
memancutkan mani. Sekiranya dia telah mahir dalam seni ini, dia mampu
inzal berganda (berkali-kali) tanpa memancutkan mani. Setiap kali inzal
itu berlaku, tenaganya diserapkan oleh tubuh dan bertukar menjadi
tenaga kreatif. Menurut teori ilmu tabib Cina kuno, lelaki tersebut
akan tetap gagah tenaga batinnya kerana ia tidak hilang dengan
terpancutnya mani.

Untuk memahami konsep ini, perlu diketahui bahawa ada beza antara Gempa
Kering dan Gempa Basah. Inzal (Gempa) adalah kenikmatan yang dirasakan
oleh seluruh tubuh, bukan hanya oleh alat kelamin lelaki dan wanita.
Gempa Kering ialah keadaan bila seseorang lelaki itu inzal tapi dia
tidak memancutkan mani sementara Gempa Basah ialah apabila dia inzal
sambil memancutkan mani.

Apabila lelaki Gempa Basah, zakarnya akan mengendur kemudian longlai
(sudah ‘game’). Dia pula akan mengalami satu keadaan mengantuk dan
letih hingga mungkin akan terus tertidur tanpa melaksanakan rangsangan
pasca-jimak (after-play) yang didambakan oleh isteri. Maka sekiranya
seseorang lelaki itu terlalu kerap berjimak sambil Gempa Basah,
tubuhnya akan menjadi semakin lemah, tenaga batinnya akan menurun dan
mungkin dia akan mengalami ‘mati-pucuk sementara’.

Bila seseorang lelaki dapat mengawal Gempa Basah maknanya dia dapat
mengawal air maninya dari terpancut keluar. Bila ini berlaku, dia akan
mengalami gegaran-gegaran nikmat iaitu Gempa Kering. Zakarnya masih
menegang malah lebih bertenaga, dan dia mampu meneruskan jimak itu
untuk menikmati Gempa Kering secara berganda (berkali-kali). Saya catat
sebagai berganda kerana Gempa Kering yang menyusul kemudian adalah
lebih bertenaga dan lebih nikmat berbanding sebelumnya. Sekiranya
seseorang lelaki dapat memahirkan seni ini, dia akan inzal berkali-kali
sepertimana yang dialami juga oleh isterinya. (Wanita memang mampu
inzal berkali-kali dalam sekali jimak, dengan syarat suami tahu
merangsangnya dengan betul). Dan ini akan dapat mengatasi masalah
isteri tidak puas jimak kerana dengan Teknik Gempa Kering jimak dapat
dilakukan dalam tempoh yang lama.

Terutama bagi lelaki yang telah meningkat usianya, Teknik Gempa Kering
eloklah dimahirkan agar jimak dilakukan dengan inzal berganda tapi
tanpa memancutkan mani. Tujuannya ialah bagi menjaga kesihatan dan awet
muda. Secara asasnya, memancutkan mani tidak perlu melainkan apabila
pasangan mahukan anak hasil jimak berkaitan. Malah disarankan juga agar
tidak terlalu kerap melakukan jimak dan hanya melakukannya bila ghalib
syahwat, tidak dipaksa-paksa.

sumber : ibnuyusof

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.