Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Sufiah - contoh produk dari sistem Kapitalis

Posted on April 8, 2008
Filed Under politik, siasah |



LONDON: Seminggu selepas kisah hidupnya sebagai
pelacur terbongkar, wanita pintar matematik, Sufiah Yusof, membuat satu
lagi kejutan apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya
kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya
memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

Malah, Sufiah
membuat pengakuan berani sebagai ‘wanita penuh berahi’ yang suka
membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen serta
mampu menerima bayaran £1,000 (RM7,000) bagi setiap sesi
perkhidmatannya atau pendapatan tahunan kira-kira £60,000 (RM420,000).

Anak
ketiga daripada lima beradik itu juga mengakui masih trauma dan terus
dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera
bapanya, Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di
dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya.

Sufiah, janda berusia 23 tahun, mendakwa hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang.

“Saya
tergamam dengan apa yang berlaku kepada ibu. Ya, saya ada menghubungi
mereka, tetapi saya tidak mahu mengandaikan pandangan mereka terhadap
kehidupan baru ini. Saya tidak rasa kesal langsung. Saya lebih yakin
dengan tubuh ini serta pekerjaan saya,” katanya dalam temubual dengan
wartawan tabloid, News of The World.

Sufiah memutuskan untuk
membuat pengakuan itu selepas tabloid berkenaan sebelum ini mendedahkan
kisah hidupnya yang melacur dengan mendapat bayaran kira-kira £130
(RM910) sejam.

Pendedahan tabloid berkenaan minggu lalu,
menjadi perkembangan penuh tragik bagi Sufiah yang sebelum ini melalui
kehidupan yang dipenuhi banyak peluang cerah, tetapi bertukar
sebaliknya selepas melarikan diri dari universiti dan keluarga pada
usia 15 tahun kerana tidak tahan dengan sikap buli bapanya.

Ibu
Sufiah, Halimaton Yusof berasal dari Muar, Johor, bapanya, Farooq dari
Pakistan. Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas
didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun
ketika mengajar matematik di rumah mangsa.

Farooq juga pernah
dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes
pemalsuan pembiayaan sewa beli. Halimaton kini dalam proses menuntut
cerai dengan Farooq selepas berkongsi hidup lebih 30 tahun.

Kakak
Sufiah, Aisha, 25, pula sudah berkahwin dan tinggal berasingan,
manakala abangnya, Abraham, 26, serta dua adik, Iskander, 21, dan
Zuleika, 14, tinggal dengan Halimaton.
Mengimbau detik pertamanya
bertukar daripada pelajar pintar kepada pelacur, Sufiah berkata dia
bekerja sebagai pembantu pentadbiran dengan pendapatan kira-kira
£16,000 (RM112,000) setahun di Manchester, apabila dihampiri ketua
agensi teman sosial yang menyebabkannya terjerumus ke kancah pelacuran.

Ketika itu, dia dihimpit hutang termasuk bebanan kad kredit kira-kira £3,500 (RM24,500).

Namun,
Sufiah tanpa segan silu atau rasa kesal, yakin statusnya sebagai
pekerja seks memberi jawapan kepada semua permasalahannya.

“Saya
menjadikan pelanggan tidak keruan dengan membacakan formula matematik
ketika kami berasmara. Pelanggan saya sukakan kemampuan saya kerana
dapat merangsang minda dan badan mereka secara serentak.

“Saya
tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia.
Malah, saya lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan
sebelum temu janji dengan pelanggan,” katanya.

Lapan tahun
selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar, Sufiah, dakwa tabloid
itu, tidak menunjukkan sebarang kekesalan apabila memandang tinggi
karier barunya sebagai pelacur.

“Ramai yang memandang rendah
tugas sebagai teman sosial ini, tetapi saya tidak menganggapnya
sedemikian. Lagi pun saya sememangnya mempunyai nafsu seks yang tinggi.

“Kini saya memperoleh semua seks yang saya ingini. Lelaki juga
jauh lebih baik di ranjang dengan teman sosial berbanding teman wanita
sendiri.

“Saya mempunyai pelanggan yang terpesona dengan
keupayaan matematik saya. Malah, ada seorang pelanggan yang meminta
saya membacakan kaedah matematik termasuk algebra ketika kami
berasmara. Ia terbukti menjadikannya lebih seronok,” katanya.

Sufiah juga mendakwa pendapatannya tidak kurang hebat kerana memberinya wang yang lumayan.

“Ya,
saya menikmati kehidupan yang baik dan mampu mengawalnya. Saya bencikan
pandangan masyarakat yang stereotaip mengenai tugas sebagai teman
sosial. Ia jauh berbeza daripada tanggapan salah mereka.

“Pelanggan
saya juga tidak kurang hebatnya dan melayan saya seperti puteri. Ada
seorang lelaki yang sering saya temui di London membelikan saya pakaian
Gucci berharga £700 (RM4,900) dan membawa saya ke Selfridges untuk
memilih apa juga beg tangan yang saya mahukan.

“Pada sebelah
malam, kami makan malam bersama dan dia membawa saya pulang ke hotel.
Saya berasa seperti (aktres) Julia Roberts dalam Pretty Woman.” �
Agensi

Sumber: Berita Harian 08/04/08

Ulasan:

Jika
apa yang dilaporkan di atas adalah benar, maka sungguh keji, jijik dan
hina sekali apa yang dilakukan oleh Sufiah. Walau bagaimana susah
sekali pun hidup seseorang itu, ini langsung tidak memberi ‘lesen’
kepadanya untuk melanggar hukum Allah. Seseorang itu mesti keluar dari
kesusahan hidupnya dengan cara yang sah, yang dibenarkan oleh syarak,
bukan dengan cara memaksiati Allah, apatah lagi berbangga dengan
maksiat yang dilakukan. Jika benar Sufiah mengaku telah berzina dan
pengakuan ini dibuat olehnya dengan kesedaran, maka hanya orang-orang
sekular dan jahil sahaja yang akan mengadakan kempen ‘Selamatkan
Sufiah’. Menurut hukum Allah, apa yang sepatutnya dilakukan ke atas
Sufiah adalah rejam sampai mati. Ini kerana dia merupakan seorang
penzina muhsan (telah berkahwin). Hanya ini sahajalah
satu-satunya hukum Allah ke atas penzina yang keji ini dan hanya dengan
pelaksanaan hukum rejam ini sahajalah yang akan membebaskan dosa
zinanya di akhirat kelak, jika dikehendaki oleh Allah.

Kes
Sufiah adalah satu kes yang merupakan simptom dari sistem kapitalis
yang memperjuangkan sistem kebebasan, iaitu kebebasan individu
(bertingkah laku). Dalam dunia kapitalis selama mana seorang individu
itu ’suka-sama-suka’ untuk melakukan sesuatu perbuatan, maka perbuatan
itu dikira sah, yang menjadi ukuran utama ialah kebebasan individu itu
tidak digugat dan merupakan perkara suci, maka apa sahaja yang ingin
dilakukannya terserah kepada mereka. Negara di sisi sistem kapitalis
adalah sarana untuk memastikan kebebasan ini tidak dinodai. Dalam Islam
perkara ini adalah amat berbeza sekali kerana Islam datang untuk
mengatur sistem kehidupan berumah-tangga manusia, begitu juga dengan
sexual instict manusia turut di atur oleh Islam melalui hubungan
perkahwinan yang mulia.

Setelah muncul kes Sufiah ini, kelab UMNO UK
terus sibuk ingin menjadi hero, sehingga 4,000 orang anggota dikerah
untuk mencari dan menyelamatkan Sufiah. Tidak ketinggalan, heroin UMNO,
Dr Mashitah juga turut menjayakan kempen ‘Selamatkan Sufiah’
di bawah arahan bosnya, Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Banyak tenaga telah
dibuang untuk menyelamatkan seorang manusia yang muncul kerana dicetak
oleh sistem kapitalis ini. Padahal, alangkah baiknya jika wang dan
tenaga itu digunakan untuk menerapkan sistem Islam dalam kehidupan umat
ini. Yang mana jika sistem kehidupan sosial bernegara diterapkan,
kehormatan wanita dijaga dengan undang-undang negara, pakaian yang
menjolok mata diharamkan, penzina muhsan (yang telah berkahwin direjam) dan yang belum berkahwin dilakukan ‘public canning
(sebatan di tempat terbuka). Pendekatan individu yang cuba dilakukan
dalam kancah sistem kapitalis terlalu kabur kesannya dan inilah yang
bakal diambil oleh Dr Mashitah nanti.

Sebagai contoh mudah,
kalau ada satu kawasan yang mempunyai bekalan air yang kotor yang
menyebabkan penduduk kawasan tersebut menderita cirit-birit. Sudah
pasti langkah yang bijak oleh pemerintah adalah memproses air bersih
untuk rakyatnya, ini memerlukan ‘perubahan sistem’ untuk menyelamatkan
penduduk itu secara keseluruhan. Bukannya membiarkan air kotor dan
memikirkan berapa ramai doktor yang diperlukan oleh penduduk. Bukan
juga dengan menyelamatkan salah seorang penduduk yang paling pandai
matematik di kampung tersebut, manakala yang tidak pandai matematik
dibiarkan terus meminum air kotor tersebut! Jika ‘sistem pengairan’
tersebut berjaya ditukar kepada sistem yang lebih baik, maka nescaya
semua penduduk kampung dapat diselamatkan.

Jadi dalam kes
‘Selamatkan Sufiah’ ini, maka kita perlu melihat dari segi yang lebih
objektif, apakah di dalam negara sendiri kita tidak ada kes pelacuran
sebegini? Kenapa kes Sufiah ini perlu diperbesarkan dan diselamatkan
oleh kerana emaknya orang Malaysia, sedangkan ramai lagi anak-anak
orang Islam yang maruahnya tergadai dan badannya terjual sekarang ini?
Yang kita khuatiri nanti Sufiah akan berkata, “Saya melacur kerana
darurat sesuai dengan fatwa Dr Mashitah sendiri.” [sila rujuk Harian Metro 19 Jun 2005
tetang fatwa Dr Mashitah yang membolehkan melacur dalam keadaan
terdesak]. Jika demikianlah jawapan Sufiah, apa pula agaknya jawapan
Dr. Mashitah kepada Sufiah?

Justeru, sebelum menyelamatkan
orang lain, Dr Mashitah kena bertanya dirinya sendiri terlebih dahulu,
‘Selamatkah diriku dari dosa terhadap Allah dengan fatwa sesat yang aku
keluarkan dan selamatkah diriku dengan penghinaan yang aku lakukan terhadap hudud Allah?’ Dr Mashitah
juga perlu bertanya dan memuhasabah diri, ‘Selamatkah diriku di akhirat
kelak dari azab Allah dengan aku bersekongkol dengan pemerintah sekular
sekarang dan aku membenarkan pemerintahannya yang jelas-jelas
bertentangan dengan hukum Allah?

sumber : http://mykhilafah.com

Artikel berkaitan

Comments

One Response to “Sufiah - contoh produk dari sistem Kapitalis”

  1. mam sofea on April 9th, 2008 2:00 pm

    sad but true.. sama2 la berdoa..

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.