Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Ezam sertai semula Umno

Posted on May 28, 2008
Filed Under politik |



Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno hari ini.

Bekas
setiausaha politik mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim itu, menyerahkan borang keahlian tersebut kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

ezam md noor and pak lahBeliau menyerahkan borang tersebut ketika mengadakan pertemuan dengan presiden Umno itu di bangunan Parlimen petang tadi.

Perkara tersebut diumumkan oleh Abdullah selepas pertemuan selama 30 minit dengan Ezam itu.

Ezam
yang hadir sama dalam sidang akhbar tersebut tidak membuat sebarang
kenyataan. Beliau dijangka mengadakan sidang akhbar esok.

Abdullah juga berkata, Ezam menyertai semula Umno tanpa sebarang syarat atau keistimewaan.

Sebelum
ini, Ezam dilaporkan akan dilantik sebagai senator dan menerajui
sebuah syarikat berkaitan kerajaan selepas menyertai semula Umno.

Abdullah berkata, Ezam mahu kembali semula kepada Umno dan parti itu mengalu-alukannya.

“Dulu
dia di luar dan kritikal terhadap parti. Kini sudah ubah fikiran,
mungkin kerana merasa Umno adalah landasan lebih baik untuknya,” kata
perdana menteri.

sumber : malaysiakini.com/bm



Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.