Anwar Ibrahim selesai angkat sumpah
Anwar angkat sumpah sebagai ahli Parlimen
28-08-2008 11:13:03 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

Ahli
Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat
sumpah sebagai ahli Parlimen di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan
Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 10:03 pagi ini di Parlimen. Foto oleh
Reuters.
KUALA LUMPUR: Bekas
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat
sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi
di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.
Pandikar kemudiannya
mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan
kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua
Pembangkang di Parlimen.
Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.
Menteri
yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk
Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.
Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Kasih
isteri….Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menamani suaminya, Anwar
ketika tiba di Lobi Parlimen untuk upacara angkat sumpah. Kehadiran
beliau turut diiringi oleh Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim.
Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk
upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk
Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.
Turut
sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid
Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR,
Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang.
Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.
Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.
sumber : mstar










































