Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

senaman kacip fatimah

Posted on August 6, 2008
Filed Under petua |



Kacip Fatimah (nama saintifiknya Labisia pumila)
banyak ditemui dalam hutan-hutan di Malaysia. Ramuan yang didapati
hasil merebus tumbuhan ini dalam air membantu memudahkan ibu-ibu
bersalin. Selepas bersalin pula, ia masih diminum oleh wanita untuk
memulihkan kekuatan dan mengubati luka-luka. Ia juga berkhasiat
mengubati sakit kelamin wanita (gonorrhoea) serta mengeluarkan angin
dari dalam tubuh.

Gerakan Senaman Kacip Fatimah

Saya akan mencatatkan gerakan senaman ini. Ianya terdiri dari berbagai
petua tradisional Melayu. Disamping itu juga saya telah merujuk kepada
petua-petua tradisional India dan Cina untuk membuat perbandingan:

1. Halus Pandangan

Faedah: Menurut petua orang tua-tua Melayu, senaman mata ini
mengelakkan diri anda dari mudah pusing mata dan dapat menajamkan fokus
mata.

Gerakan: Apabila terjaga dari tidur, pejamkan kedua mata. Baring
terlentang dalam keadaan santai tenang. Gerakkan bola mata seolah-olah
anda memandang ke arah kepala anda, kaki, kiri dan kanan. Kemudian
pusingkan bola mata itu mengikut arah jarum jam. Ulangi perkara yang
sama tapi kali ini melawan arah jarum jam.

2. Angin Tunggal

Faedah: Gerakan ini membantu mengeluarkan angin dari dalam perut,
mengurut dan menyengkak rahim serta menyempitkan anggota sulit wanita.

Gerakan: Baring terlentang, lunjurkan kedua-dua kaki. Tarik nafas.
Kemudian angkat kaki kanan lurus ke udara. Bengkokkan lutut anda dan
bawa ia ke arah dada sambil anda lepaskan nafas. Selepas itu, dalam
keadaan nafas biasa, paut lutut yang dibengkokkan itu menggunakan
kedua-dua tangan anda ke arah dada dan tahankan posisi ini selama 7
saat. Tukar kaki dan ulangi proses yang sama.

3. Angin Kembar

Faedah: Membantu mengeluarkan angin serta mengurut pinggul serta merampingkan pinggang wanita.

Gerakan: Baring terlentang. Angkat kedua-dua kaki anda tegak ke udara.
Tarik nafas. Kemudian bengkokkan kedua-dua lutut anda itu ke dada
sambil lepaskan nafas. Dalam keadaan nafas biasa pula, pautlah kedua
lutut itu ke arah dada dengan kedua-dua tangan anda. Tahankan posisi
ini selama 7 saat.

Saya kira cukuplah dahulu saya mencatat. Kita jumpa di lain kali dengan berbagai gerakan lagi. InsyaAllah.

sumber : megasutra

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.