Petua tahan lama Tom Cruise!!!
Posted on February 8, 2008
Filed Under petua |
Dari sudut bayangan yang dicatat oleh TomCruise itu, saya ingin kongsikan juga satu teknik tradisional Cina pula. Orang Cina menyarankan agar anda sibukkan diri anda menghitung. Anda boleh hitung dayungan anda. Contohnya satu dayungan dalam, empat dayungan dangkal. Ulang lagi. Dengan cara itu minda anda tidak akan terlalu dibuai oleh keseronokan. Dan insyaAllah, anak yang bakal lahir nanti pandai matematik! (ini saya yang catat, tidak ada sebarang catatan kuno yang pernah saya temui mengenai anak pandai matematik jika bapanya menghitung dayungan!).
KAEDAH DAYUNGAN SAMBIL BERZIKIR
Dari sudut tradisional Melayu pula, ada yang berzikir semasa mendayung. Ada yang berzikir dengan menyebut ‘Ya Allah’ atau ‘Ya Qohhar’ atau ‘Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum Ya ‘Azhim Ya Rabbal ‘Alamin’ dalam hati (memang elok kita ingat pada Allah dalam semua keadaan termasuk ketika jima’, ingat dalam hati saja, bukan dilafazkan melalui mulut). Cara lebih bagus, dan insyaAllah akan lahirlah ‘anak zikir’ iaitu istilah yang diberikan oleh orang-orang tua Melayu. Mudah-mudahan jika dengan jima’ itu lahir anak, dia akan jadi anak yang soleh.
Dari segi ‘membayangkan yang tak best’ (sexual turn-offs) sebagaimana catatan TomCruise itu bolehlah anda cuba, mungkin ia berkesan atau sesuai untuk anda. Bagi oranglain, mungkin teknik menghitung atau zikir adalah lebih sesuai.
Bagi isteri pula, sebaik-baiknya bernafas laju dan tumpukan perhatian kepada rasa kenikmatan jima’ itu kerana ini akan mencepatkan proses isteri mencapai ‘climax’ dan boleh ‘climax’ berulang-ulang dalam masa yang singkat.





Leave a Reply