Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Wanita tukar jantina mengandung

Posted on April 2, 2008
Filed Under online biz |



CHICAGO 2 April – Seorang lelaki yang dulunya merupakan seorang
wanita yang telah mengubah jantina tanpa membuang rahim, kini didapati
hamil lima bulan dan akan muncul dalam rancangan temu bual Oprah
Winfrey, esok.

“Saya adalah seorang individu yang mempunyai hak untuk memiliki anak kandung,” kata Thomas Beatie dari Bend, Oregon.

Ramai yang mempersoalkan yang ia adalah lawak April Fool tetapi
rancangan temu bual berpangkalan di Chicago itu menjelaskan bahawa
Oprah telah menemu ramah Beatie dan `isterinya’, Nancy dan pakar
perbidanan mereka serta rakan-rakan pasangan tersebut.

Beatie turut ditemu bual oleh majalah People.

Nancy tidak dapat mengandung kerana rahimnya telah dibuang.

“Sekiranya Nancy boleh mengandung, saya tidak akan melakukan semua ini,” kata Beatie.

“Lelaki” berusia 34 tahun dari Hawaii itu mengaitkan usahanya itu
dengan ramai doktor, keluarga dan rakan-rakan dalam surat yang
disiarkan dalam majalah untuk golongan gay, The Advocate.

Sebelum mengubah jantina, Beatie dikenali sebagai Tracy Lagondino.

Keputusan untuk memiliki anak kandung memaksa Beatie menghentikan
suntikan hormon testosteron dua kali sebulan dan menyambung semula
kedatangan haid sebelum melakukan permanian beradas dengan menggunakan
sperma penderma yang tidak dikenali dari bank sperma.

Cubaan pertamanya itu bagaimanapun gagal dan kejayaan kali ini adalah cubaan yang kedua oleh Beatie. – Reuters

sumber : utusan

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.