Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Streamyx services very poor

Posted on February 18, 2007
Filed Under online biz |



Banner diatas menggambarkan betapa kecewa pengguna talian streamyx.Saya dapat banner tersebut daripada beberapa forum perbincangan.Saya muat di blog ini kerana saya juga sudah beberapa kali menghadapi masalah dengan servis ini. Servis dan khidmat sokongan yang teruk sudah menjadi kelaziman.Sudah sampai masa pihak kerajaan meleraikan monopoli servis terhadap perkhidmatan broadband ini. Saya juga pernah menghadapai masalah dengan talian broaband ini dan pernah menghubungi pusat bantuan tetapi sungguh mengecewakan.Promosi yang dilakukan sungguh gah tetapi servis sungguh mengecewakan.Pelanggan yang setia tidak mendapat faedah daripada pelanggan baru.Pelanggan baru ditawarkan pakej 1MB dengan kadar RM77.Pelanggan lama dengan pakej 512kbps dengan bayaran RM77 tidak dinaikkan taraf 1MB secara atomatik. Apakah anda juga pernah menghadapi masalah tentang talian ini?

Artikel berkaitan

Comments

13 Responses to “Streamyx services very poor”

  1. ZeMMs on February 19th, 2007 12:20 pm

    So far saya puas hati dengan servis broadband streamyx yg tmnet tawarkan. masalah sekali sekala tu adat la.. yang tak eloknye support diorg coz slalu buat kita tertunggu-tunggu.. pastu kalau kita tak follow up..diorg mcm diam je. Tp kalau kita perhatikan baik-baik.. mana-mana support center pun mcm tu jugak.. bank ke.. telco ke..

  2. karim on February 20th, 2007 5:05 am

    Pada pendapat saya pulak.Servis streamyx memang teruk.Biasa servis dia elok sikit dikawasan bandar sahaja dan tempat-tempat perniagaan.Kalau kawasan luar bandar memang teruk. Sebenarnya sebagai pengguna kita kena celik, support centre tu penting.Ini hak kita. Contoh kalau kita peniaga kita beri servis lepas jualan tidak bagus, apakan akan jadi.Pelanggan lari.Dalam kes streamyx ni mereka tak kisah sebab mereka syarikat monopoli.Pelanggan teraniaya dan tiada tempat mengadu.Support centre yang lemah itu adalah attittude negara Malaysia sebab banyak campur tangan yang tidak sepatutunya

  3. Jimmy on February 20th, 2007 5:08 am

    yes, i agree with u

  4. farizal on February 21st, 2007 9:34 am

    seperti ZeMMs kata, perkhidmatan sebegini menjadi ‘adat’ kepada peniaga tersebut. ‘Adat’ ini lah yang menyebabkan pelanggan tidak puas hati. ‘poor servise’ menjadi ‘adat’ seterusnya menjadi ‘tabiat’ untuk memberikan servis ala kadar kepada pelanggan.

    ‘Adat’ dengan kesempurnaan terpampang dimana-mana samada tv, radio, banner, signboard… segala2 menceritakan kesempurnaan sekiranya bakal pelanggan menyertai skim atau promosi tersebut.

    ‘Adat’ ini sepatutnya dibasuh habis-habisan. wujudkan persaingan dan beri pilihan pada pengguna.

    ertikata lain, pelanggan² atau bakal² pelanggan perlu wujudkan satu ‘adat’ bagi memastikan kesempurnaan itu sama seperti apa yg digembar-gemburkan dalam iklan :)

  5. cikgu azleen on February 21st, 2007 10:25 am

    Alhamdulillah, sepanjang saya pakai streamyx takde masalah.. cume pernah sekali jer line problem.. sangat slow.. bila call centre diorang jawab dengan baik dan masalah tuh selesai dalam masa beberapa jam.. so far so good.. dan saya sangat berpuas hati.. saya pakai pakej rm44 jer.. dengan line 512kbps pun dah cukup laju.. dan jarang dapat masalah.. sebelum ni pakai pakej rm88.. masa memula amik tuh 512kbps jer.. tapi bila diorang buat offer 1MB, automatik akaun saya pun dapat 1MB jugak..

    p.s: saya tinggal di kawasan luar bandar..

  6. suhaimy on February 21st, 2007 1:07 pm

    Melihat komen kawan-kawan, saya buat justifikasi sikit.Service tmnet ni sepatutunya dipertingkatkan disemua kawasan.Bukan service sesetengah tempat baik dan ada sesetengah tempat lagi kurang baik.Service sepatutunya dipertingkatkan daripada masa kesemasa.Bukan sekadar puas hati dengan yang ada. Teringat kat Menteri Lim Keng Yaik. Di Austaralia dengan harga RM133 anda boleh dapat kelajuan 100mbps. Tapi disini harganya jejak RM77. Maksudnya negara maju servisnya lebih murah dan kelajuan cepat.Hanya RM13.30 untuk 10 mbps.Oleh itu sudah masanya diwujudkan persaingan supaya perkhidmatan akan bertambah cekap dan murah.

  7. Maizul on February 25th, 2007 6:28 am

    Betul jugak tu. Pengguna tiada pilihan nak tak nak terpaksa jugak la.

  8. Dr Amir on March 8th, 2007 1:52 am

    sERVIS STREAMYX BUKAN TERUK, MALAH NAK APPLY PUN GILER PUNYA LAMBAT. DAH 3 MINGGU AKU APPRLY TAPI SENYAP TANPA BERITA. BODOH BETUL DIORANG NI

  9. streamyx bangang on March 11th, 2007 6:40 am

    aku memang menyampah dekat streamyx ini bila buat service mesti line sloww!!! dan tak leh masuk punya, bangang punya service provider dah tahu mesti ada service kenapa tak buat backup plan utk remote server ke! tapi duit bulan2 nak penuh service tak penuh 24/7 dan 365hari, klu dia potong dekat bill atau bagi diskaun harga semasa service takpe le, time ko monopoly ini tunjuk belang le ko bila dah banyak service provider besok nasib ko pun sama mcm proton! masa monopoly tak nak naikkan teknologi asik bagi kereta teknologi tukun kan sekarang ni dah susah!!! sendiri mau ingat!!!!lah bangang!!!

  10. Iskandar on March 16th, 2007 3:09 am

    Streamyx mmg sangatlah teruk. Customer service dia .. takyah ceritalah, buat naik darah je.

    Connection plak, kalau yg duduk kat ceruk kampung mcm di Kalumpang, Tg Malim je yg boleh dpt connection okay. Kat KL, slow sgt, rasa mcm pakai Modem lama ..

  11. abu on March 30th, 2007 8:56 am

    Streamyx…ntah la bagi aku ok je sometimes tu mmg la teruk x dapat dinafikan.
    alhamdulillah so far connection aku ok wat masa nie…
    cuma aku difahamkan (oleh sumber2 yg boleh dipercayai, keje streamyx yg jd slow nie bukan salah support centre diaorg..yg menjadi masalahnya technician TMNET Streamyx tue sendiri…
    yg DR Amir kata application ambik masa sampai 3 minggu, dia depends pada kedai TMPOint yg korang gi daftar.
    Kalu x silap aku ada 3 buah TMPoint yg services dia macam HARAM !!! Ketiga-tiga TMPOINT tue x jauh dari KL
    Lagi satu kalau korang nak Streamyx tue stabil, apa kata korang suruh je Telekom tukarkan line tepon daripada cooper ke fiber optik. Actually Fiber optik lagi stabil dari cooper…
    Kita kat Mlysia nie kebanyakkan line tepon daripda cooper, x byk line tepon yg gunakan fiber optik

  12. darkthrone on June 24th, 2007 5:53 pm

    memang teruk pun dah lah akoo apply 2minggu baru pasang kat umah akoo..last2 line tak der punya lah teruk diorg ni dah lah tak inform awal buang masa akoo jerlah

  13. kamal on July 17th, 2008 8:07 am

    streamyx mmg superb teruk..dh 2 bln pasang,cume 3 ari petama je dpt gune..tiap2 mnggu AK col cust.servis..,tp mcm SIAL,ade je alasan..kejap modem rosak ,kejap kabel kena samba petir,kejap line tepon prob..
    TECHNICIAN DH 3-4 kali dtg..tp x setel2 jgk..,pelik pn ade.
    dh la x bleh nk repair.,pstu ak nk terminate die x bagi,knonnye kontrak setaun..TP SERVIS X DPT GUNE..ape punye BODOH la TMNET ni.
    Kesimpulannye..,TM@TMNET mmg nyusahkn org je.,promosi je gempak..tapi servis mcm SIAL++!!!!

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.