Sistem Suria
Posted on February 3, 2008
Filed Under online biz |
Sistem Suria dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Solar System’. Sistem Suria terletak dalam galaksi Bima Sakti dan terdiri daripada satu bintang yang dipanggil matahari dan dikelilingi oleh sembilan buah planet yang mempunyai orbit berbentuk bujur. Sistem Suria dipercayai terbentuk sekitar 4,600 juta tahun dahulu hasil pengumpalan gas dan habuk di angkasa yang membentuk matahari dan kemudiannya planet-planet yang lain kecuali plane Pluto.
Sistem suria dikekalkan oleh daya graviti matahari dan sempadan sistem suria, yang mempunyai garis pusat setahun kelajuan cahaya, ditanda oleh taburan komet yang dipanggil awan Oort. Terdapat satu lagi awan Oort berbentuk piring dibahagian dalam sistem suria yang dikenali sebagai awan Oort dalam.
Disebabkan oleh orbit planet yang membujur, jarak dan kedudukan planet berbanding kedudukan matahari berubah mengikut kedudukan planet di orbit.
Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.
Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.





Leave a Reply