Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

shoemoney

Posted on January 22, 2007
Filed Under online biz |



Shoemoney.com blog yang mendapat sambutan hangat ini diasaskan oleh Jeremy Schoemaker seorang yang pernah bekerja sebagi jurujual di Sears pada mulanya tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang computer tetapi beliau mengambil langkah bijak dengan mempelajari sistem software, web server management dan mail sistem management

Semasa dikolej beliau telah membuat sebuah perniagaan online menjual ringtone yang mendapat sambutan ramai dan berjaya membuat keuntungan yang besar, dengan hasil perniagaan onlinenya beliau telah menubuhkan shoemoney media group.

Beliau pandai mengeksploitasikan pasaran untuk mendapat keuntungan yang tinggi.Menggunakan pengetahuaannya dalam bidang pemasaran untuk meluaskan lagi jaringan perniagaannya, beliau juga bijak menarik pembaca ke sitenya .Kita lihat disini seorang usahawan internet bijak memanipulasikan idea dan menggunakan dalam keadaan yang tertentu untuk memangkin keuntungan.Oleh itu apabila kita memulakan sesebuah perniagaan internet kita haruslah bijak menggunakan segala peluang yang ada disulami dengan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang kita mahir.

Mengapa site shoemoney.com ini berjaya.Kunci kejayaannya adalah kerana usaha yang gigih tanpa mengenal penat dan lelah dan sentiasa menimba ilmu baru tidak kira daripada siapa pun. Asal ilmu itu dituntut dengan betul dan niat yang ikhlas.

Site ini juga banyak memberi Tip-tip berguna tentang perniagaan internet ,seo, affiliate, google adsense dan lain-lain lagi.Oleh itu bagi peniaga internet atau mereka yang masih ingin berjinak-jinak dalam bidang perniagaan internet ini seharusnya menjadi site shoemoney.com ini sebagai salah satu rujukan. Tidak rugi kita belajar daripada kita hanya menunggu peluang didepan mata tanpa berusaha untuk merebut kejayaan yang sentiasa berada dihadapan mata.

Jika kita lihat Jeremy Schoemaker sbukanlah seorang yang pandai dan bijak tetapi kunci kejayaannya ialah beliau tidak segan silu untuk menimbul ilmu dan mempraktikan. Dalam perniagaan internet, kegagalan adalah satu lumrah dan kegagalan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang cemerlang. Banyak contoh kita lihat orang yang bermula daripada bawah akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang daripada orang bermula daripada atas. Kejayaan itu akan lebih manis lagi jika disulam dengan pengalaman dan perit getir asam garam dalam pernigaan internet. jatuh bangun dalam perniagaan akan mematangkan cara kita berfikir dan menajamkan minda kita untuk mencari peluang dan ruang untuk kejayaan pada masa hadapan.

Oleh itu kita kena kuat azam dan tekad.Jadikan orang-orang yang telah berjaya sebagai pemangkin kepada kejayaan kita. Tiada sesuatu yang sukar untuk digapai. Azam dan tekad sahaja tidak memadai jika tidak disulami dengan usaha dan doa.Sekian wasalam.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.