Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Semua orang dah gila nak kaya!!

Posted on August 12, 2006
Filed Under online biz |



Kalau kita buka internet ini.Laman web yang paling menarik minat orang ialah “Rahsia nak Kaya” selain daripada laman gosip artis.Terbaru cerita Siti dan Dato K hangat diperkatakan orang. Semua orang akan buat tips bagaimana nak kaya dalam usia muda.Pelbagai petua dan tips diberikan.Tiap-tiap hari orang akan bercerita bagaimana mereka nak mencapai kekayaan.

Oleh sebab itu skim cepat kaya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.Ramai yang terpengaruh terutamanya bangsaku.Selain daripada itu ada orang juga bercerita dan mendedahkan bagaimana mereka mendapat kekayaan dalam usia muda.Jarang sekali cerita bagaimana nak kaya “iman”.Bagaimana perniagaan dan jalan-jalan mencapai kekayaan yang mengikuti lunas agama.

Ramai juga yang lupa tentang penindasan dan pembunuhan saudara seagama.Ramai juga tidak kisah dan peduli.Sebenarnya kejayaan yang sebenarnya ialah kejayaan dalam agama.Insyallah hidup akan berkat dunia dan akhirat.Jangan pening-pening kepala nak kaya.Kalau pengisiaan rohani kita cukup.Apa rezeki yang kita terima akan cukup dan berkat.Sifat qonaah mestilah disemai dijiwa kita.Mari bersama-sama kita muhasabah diri.Semakin dekat kita pada Allah semakin kita kaya jiwa dan iman.Semakin jauh kita mengingati Allah semakin miskin diri kita.Oleh itu sebelum kita ingin fikir nak kaya sahaja,cuba isikan diri kita dengan iman dan amal,barulah kekayaan didunia akan membawa kejayaan di akhirat.

Artikel berkaitan

Comments

5 Responses to “Semua orang dah gila nak kaya!!”

  1. mosping on August 13th, 2006 6:41 am

    Kadangkala bosan juga tengok website yang cite nak kaya aje ni.Tu semua kesan daripada penjajahan imprerialisme barat terhadap ekonomi islam.Sehingga orang islam sendiri cukup berminat kepada skim2 cepat kaya.Tanpa mengkaji skim itu berlandaskan syarak.

  2. saya menang motoooo on August 13th, 2006 7:29 am

    asik ingat nak kaya je alih2, mati mengejut last2 dah dlm kubur! apa cite. semua duit atau harta yg dikumpul bukan milik kita dah menjadi milik org lain! hai2 bye2
    moralnya semua benda mesti serderhana sahaja jgn terlalu nak terover!!! sampai fikiran separuh sedar pun fikir dunia… fikir separuh sedar satu lagi idea yahudi utk jadikan manusia pengejar dunia.teringat kisah alim ulamak tentang kisah mimpi nabi Isa A.S tentang perempuan tua dgn berbagai perhiasan dikelilingi ramai lelaki.
    bila nabi Isa A.S bertanya siapakah anda? perempuan tua ini menjawab akulah dunia dan mereka disekelilingku ini adalah pengejar dunia. eisk2 buat apa kita mengejar perempuan tua!!….fikirkan, sadis-sadis

  3. mosping on August 13th, 2006 7:45 am

    ya mesti berserdahana dalam mengejar dunia.

  4. alhafiz3d on August 15th, 2006 8:48 am

    salam,
    setuju dengan Suhaimy dan korang semua termasuklah yang menang mottoo tu.. hihi :))
    tapi kan.. hakikatnya memang macam tu.. semuanya nak cepat kaya tapi tak fikir panjang.
    pusing-pusing, kepadaNYA juga kita kembali..
    beringat-ingat lah

  5. hasrul on August 17th, 2006 6:08 pm

    bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi.. beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari..

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.