Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Ramadhan datang lagi

Posted on September 24, 2006
Filed Under online biz |



Salam,

Sempena bulan ramadhan al mubarak ini marilah kita bersama-sama tingkat iman dan amal kita.Semoga apa yang dilakukan kita akan diberkati Allah.Ramai yang akan menangis apabila Ramadhan melabuhkan tirainya dan ramai juga yang bergembira.Pada bulan ramadhan ini dipenuh dengan keberkatan.Apa yang ingin dikatakan disini sebagai orang Melayu yang  mewarisi Islam baka.Marilah kita ubah sikap daripada menganggap bulan ramadhan ini adat dan ubah kepada ibadat semata-mata.Jangan membazir membeli juadah berbuka puasa.Kita digalakkan tingkat sedekah dalam bulan ini dan bukannya bermegah-megah dengan juadah berbuka puasa.

Perbelanjaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri haruslah selaras dengan kehendak syarak.Marilah kita mendidik anak isteri dan kaum keluarga kita serta jiran-jiran terdekat dengan pengisian ramdahan dan sambutan hari lembaran dengan betul dan selari dengan tuntutan agama Islam.Marilah kita berfikir sejenak, berapa lamakah kita menyambut ramadhan dan hari lembaran dengan adat yang bertentangan dan bukan ibadat yang dituntut.

Akhir kalam, saya menyeru diri saya dan anda semua yang membaca blog ini dapat mengerjakan ibadat puasa dalam keadaan  yang mengikut lunas-lunas yang dituntut dalam Islam.Seharusnya dibulan mulia ini kita dipenuhi dengan keinsafan dan merapat semagat persaudaraan Islam.

Wasalam

Artikel berkaitan

Comments

2 Responses to “Ramadhan datang lagi”

  1. alhafiz3d on September 25th, 2006 1:54 am

    selamat mengerjakan ibadah di dalam bulan ramadhan ini

  2. Fuad on September 25th, 2006 7:42 am

    Slamat berpuasa dan selamat bukak puasa. Semoga Ramadhan kali ini menjadikan latihan terbaik utk kita kearah yang lebih baik..

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.