Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Rahsia buat duit di internet!!!

Posted on July 2, 2006
Filed Under online biz |



Asalamulaikum dan salam sejahtera,

Walaupun agak sibuk,tetapi sempat juga jengok kat blog ini sekejap.Catatan saya kali ini ialah tentang “rahsia buat duit diinternet”. Ramai yang mendakwa membuat duit melalui internet.Tetapi kalau kau orang tengok sekarang ni, ramai buat duit dengan menulis e***,mengadakan s***,aff*** dan lain-lain lagi

Apa yang ingin saya perkatakan disini mengenai e-*** dan se****.Ramai yang mengajar nak buat duit melalui se*** dan e-***.Ramai juga mengajar bagaimana mereka boleh buat duit melalui internet dengan menulis.Tumbuhlah se*** yang bermacam cara dan ragam mengajar orang membuat duit melalui internet.Tapi yang pelik, orang yang mendakwa boleh membuat duit beribu-ribu melalui internet itu masih juga mengharapkan jualan e*** dan se*** mereka.Mereka menjual maklumat tentang bagaimana nak dapat duit melalui internet.Dalam masa yang sama, mereka ini bukannya kaya melalui teknik atau rahsia melalui e-*** yang mereka jual.Mereka kaya melalui jualan e*** mereka atau se*** yang mereka adakan.Mereka ini berjaya memanipulasi sikap manusia yang ingin cepat kaya.Lalu berduyun-duyun orang membeli e-*** “rahsia cepat kaya” mereka atau menyertai se*** yang akan memberitahu rahsia kejayaan mereka.Mereka ini hanya berjaya membuat duit melalui jualan e-*** mereka.Rahsia yang mereka dedah dalam e-***itu mereka tidak berjaya praktikkan.

Oleh itu mereka berjaya buat duit melalui jual air liur.Oleh sebab itu jutawan internet di ne*** ini, kaya bukan kerana rahsia dan teknik mereka.Mereka kaya kerana pandai jual air liur sahaja.Apa yang mereka ajar semua itu mereka sendiri tidak berjaya praktikkan.Kalau anak murid mereka berjaya mempraktikkan nescaya dah beribu2 jutawan internet berjaya dilahirkan.Kalau pun ada biz internet yang berjaya menghasilkan beribu-ribu atau berjuta-juta duit melalui internet yang mereka hasilkan, rahsia itu tetap rahsia.Mereka tidak akan dedahkan tetapi mereka suruh orang yang mendengarnnya itu berfikir apa biz yang dapat menghasilkan duit.

Tetapi bukan semunya begitu.Ada juga orang yang mengajar ilmu,tips dan rahsia buat duit melalui internet dengan betul seperti Dr Irfan dan lain-lain lagi.Cuma kita kena berhati-hati sahaja supaya tidak terkena pada orang yang hanya pandai mendakwa sahaja.

Pernah anda terfikir tentang perkara ini? Sila berikan pandangan anda.Saya bukannya iri hati atau ingin menuduh mana-mana pihak tetapi saya berasa pelik dengan fenomena ini samada betul atau tidak.

*** terpaksa diedit supaya tidak menyinggung mana-mana pihak.

Artikel berkaitan

Comments

12 Responses to “Rahsia buat duit di internet!!!”

  1. zamree on July 2nd, 2006 2:58 am

    ya memang betul apa yang saudara perhatikan.Oleh sebab itu fenomena ini makin menjadi-jadi.Semua orang nak cepat kaya.Lalu pelbagai rahsia buat duit melalui internet tumbuh bagi cendawan selepas hujan.Semua nak jual rahsia cepat kaya melalui internet.YAng pelik tu..orang yang jual rahsia itu tak kaya pun dengan rahsia tersebut.Tetapi kaya jual rahsia dan teknik mereka.Yang menjadi mangsa ialah beginner yang baru2 nak kenal internet dan terpengaruh dengan nak cepat kaya.Saya rasa ini pun satu cara jualan yang tidak beretika.

  2. fadilah on July 2nd, 2006 3:01 am

    Salam,
    Saya juga pernah terfikir macam apa yang penulis fikirkan.Sekarang dah jadi satu trend pulak orang asyik jual “rahsia buat duit melalui internet” Kalau difikirkan secara logik orang jual itu,kalau dah kaya nak buat apa dia susah nak jual rahsia itu.Fikirkan…

  3. ina on July 2nd, 2006 3:14 am

    ya betul juga,kadang-kadang i terfikir juga macam u fikir.Sebab dah jadi trend masa kini.Mereka mendakwa boleh memberitahu teknik atau rahsia mereka.Tetapi pelik juga kenapa mereka ini promote gila2 kat media tentang rahsia mereka. :lol nak gelak aku tengok.Tapi mula2 dulu terperdaya juga.Mana tak mereka nak ajar orang buat duit duduk kat rumah sahaja.Dalam masa sama mereka sibuk road show seluruh tempat.Mereka juga tak duduk kat rumah rupanya :lol

  4. alhafiz3d on July 3rd, 2006 4:08 am

    oo di edit, patut le banyak bintang-bintang :)
    memang benda ni dah melanda Malaysia sekarang.
    macam ombak

  5. suhaimy on July 3rd, 2006 4:49 am

    ya le…masing-masing sibuk buat seminar dan mcama2 lagi.Tapi aku terfikir juga benda2 ni betul ke…atau hanya gimmick aje.

  6. mustafa on July 3rd, 2006 6:26 am

    buat le ebook tentang nak buat biskut pulak asik nak kaya je, boring pulak aku tgok…..klu buat ebook tentang mcm mana nak buat pahala ada org nak beli tak!!! mesti punya tak ada pasal pasal bab2 ni semua pandang sins je
    padahal itu le tujuan kita dilahirkan didunia nie!!

  7. suhaimy on July 3rd, 2006 7:02 am

    ya betul tu mustafa…ingat lepas ni buat ebook macamana nak cepat miskin :D

  8. smartusaha on July 3rd, 2006 3:31 pm

    Ermm, bagaimana pula dengan skim cepat kaya? Seperti skim derma menderma, pelaburan kat internet yg belum pasti tu.. dan lain-lain…. Saya rasa hal itu juga AMAT WAJAR dan tak kurang penting untuk kita bincangkan.. :) Sebaliknya kita hanya membincangkan hal-hal ini yang bagi saya ada pro dan kontra, serta tak akan sampai ke mana.. Sebab ada pro dan kontra nya.. Dalam mengkritik atau membuat pemerhatian, kita perlu adil, kena pandang kedua-dua sisi: KEBAIKAN DAN KEKURANGAN. :) Kalau kita pandang sebelah sisi, kita sudah tidak berlaku adil.

    Dan kalau kita perhatikan kebanyakan internet marketer yg berjaya, di website mereka mereka meletak disclaimer yg mengatakan, walau dia ajar cara nak dapat sejuta katakan, dia awal-awal beritahu, apa yg terhasil banyak atau sikit bergantung kepada usaha masing2.. :) Sehebat mana teknik yg diajar, tapi yg belajar tu malas nak buat, tak bermotivasi, tak follow sistem dgn betul, nak cepat kaya, then cepat putus asa, dalam hal ini dia yg bersalah. :)

    Lainlah mereka yg nak cepat kaya melalui ebook atau seminar ( sy rasa x perlu letak bintang, sebab kita kritik membina kan? ), yg ni lah kita perlu berhati-hati. Sebab biasanya mereka ni lah menjadi golongan perosak.. Saya juga begitu anti dengan golongan sebegini..

    Saya bukanlah tahu sangat hal ini, tapi saya mengkaji dan melihat dari semua sudut.. Kalau kita hanya melihat pada satu sudut sahaja, pandangan dan kritikan kita akan tempang. :)

    Mengenai mereka yg adakan seminar atau jual buku, itu adalah hak mereka. Seperti irfan, saifulsham dan fuad latip, mereka betul2 mengkaji dan berpengalaman. Tidak spt mereka yg lain, tuptup timbul, kata aku dah buat sejuta.. Beli ebook aku.. Nama pun menyamar.. spt mereka yg saya contohkan td, kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka kerana dengan kemunculan mereka, sekurang-kurangnya orang kita sudah tahu apakah peluang dan perangkap yg wujud di internet. Bukankah begitu? Inilah yg saya katakan sebagai sisi kebaikan tadi. Kita kena lihat dalam-dalam sesuatu perkara sebelum mengkritik.. Seminar beribu? Dia buat duit melalui seminar? Kalau kita tak tanya ‘dia’ apa yg dia buat sampai dapat berjuta kat internet, selagi tu ada suara yg mengatakan ‘dia’ buat duit melalui seminar dan buku. :) Hal ini memang melanda Dr. Irfan (sebagai contoh). Kalau ada orang kata begitu pada dia, saya rasa orang tu tidak tahu atau mungkin iri hati pada kejayaan beliau.. Mengapa? Sebab saya selalu juga berbalas emel dengan pihak rahsiainternet bahkan kami saling mengenali..

    Buat duit dengan buku? Persoalan ini tidak perlu timbul, sebab mengapa persoalan ini baru timbul? Mengapa tidak dulu? Novel, majalah hiburan, tabloid, buku-buku rujukan, semuanya kena bayar dan yg menulis juga orang2 yg berjaya.. Mengapa mereka tidak dipersoalkan? :)

    Pendek kata, dalam mengkritik, kita kena melihat pada semua sudut.. Agar kritikan kita itu betul2 membina..

    Hanya pandangan dari seorang usahawan internet sepenuh masa dan mungkin ada salah silap.. Yg mana betul, sama kita manfaatkan. Yg salah, buang jauh-jauh.. Perbetulkan saya..

    PS. Saya suka tengok kejayaan orang.. Semakin banyak sumber pendapatan seseorang, itulah tanda kejayaannya.. :)

  9. cimok on July 4th, 2006 3:35 am

    terimakasih kepada saudara smartusaha yg sudi beri pandangan.Bukan niat saya nak kondem mana-mana.Oleh itu dalam pandangan saya. Saya tak mention pada sesiapa.Sebab tengok fenomena sekarang ni semua orang jual ebook dan buat seminar yang menjanjikan kekayaan.Samada fenomena yang baik ini akhirnya akan menjadi sesuatu yang buruk jika tidak dijaga kualiti dan ada golongan yg ingin ambil kesempatan atau peluang dan ruang yang terbuka.

  10. cimok on July 4th, 2006 3:49 am

    saya juga berbangga dengan anak melayu seperti Dr Irfan,saifulsham,shut,smartusaha,dll yang memang mengajar orang membuat duit secara tulus dan ikhlas.Diharap akan lahir beribu-ribu orang seperti mereka.

  11. smartusaha on July 4th, 2006 4:33 pm

    Pertama sekali, cimok rupanya tuan punya suhaimy.org ni yer.. Apa yg saya tahu, cimok ni orang lama yg buat biz kat internet.. :)

    Apapun, kualiti sesuatu perlu dijaga.. Orang kata, buat seminar then biarkan pelanggan seminar tu begitu sahaja.. Kebanyakan seminar di dunia ni, mereka buat follow up dan bimbingan berterusan atau sampai satu masa.. Seperti Dr Ifan dan saifulsham, mereka akan pastikan yg ikut seminar mereka betul2 melakukan dan membuat follow up dari semasa ke semasa seperti dalam tempoh setahun. Juga, mereka memberikan sesuatu yang tidak dapat diperolehi secara percuma.. Tolak itu dan ini, hanya berapa sahaja yang kita bayar.. :) Mudah kata berbaloi..

    Namun pendapat peribadi saya, adanya seminar macam ni sekurang-kurangnya dapat mendidik orang2 kita APAKAH ITU BUAT DUIT DI INTERNET YANG SEBENARNYA… Jika tiada langsung, akhirnya orang2 kita akan jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab (Skim cepat kaya, pelaburan entah apa2 la tuuu..) ;)

  12. suhaimy on July 4th, 2006 5:55 pm

    ya saya setuju dengan pendapat saudara

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.