Noorkumalasari sekarang
Posted on March 28, 2008
Filed Under online biz |
Noorkumalasari
sentiasa bergaya dalam apa sahaja fesyen. Apabila berimej bertudung
litup pun bekas peragawati terkenal pada tahun 1970-an ini tetap
bergaya. masih boleh bagi pose menarik lagi. Apa cerita terbaru Noor?
Kalau nak tahu jangan lupa tonton program Cerita Artis Malaysia
(CAM) di Astro Ria (saluran 104) mulai 7 April ini. Noor akan membuka
semula kisah hidupnya sebagai anak seni dan perkembangan terbaru
sehingga dia kini tampil dengan gaya wanita muslimah sejati. Adik diva
Anita Sarawak ini rela membuka semula cerita lama untuk memberi iktibar
kepada generasi muda hari ini.
Masih bergaya.
“Saya anggap ini sebagai satu pendekatan lembut dalam berdakwah,
saya sedia ceritakan pengalaman saya selama menjadi anak seni sehingga
hari ini,” kata Noor.
Anak kepada Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthoum
ini berharap paparan kisah hidupnya dapat mengubah penonton menjadi
orang yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.
Noor belum ada menantu.
“Saya tidak pernah menyesal menjadi pelakon apabila saya sudah
berubah menjadi seperti hari ini. Ia menjadi pengalaman manis saya yang
tersimpan dalam sejarah hidup saya,” kata Noor lagi.
Noor, 52, kini bahagia bersama suami, Wan Mohd Yusuf, 57. Tiga anak
bujang mereka semakin membesar iaitu Wan Amin Nurrasyid, 16, Wan Amni,
14, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 12. Anak sulung Noor hasil perkahwinan
pertama, Abdul Qayyum kini sudah berusia 25 tahun.
sumber : manggaonline





Leave a Reply