Mengapa aku sekarang lebih suka real BIZ
Posted on June 14, 2006
Filed Under online biz |
Kalau kita membuka internet sekarang.Banyak sekali program mencari duit menggunakan internet.Kadang-kala bermacam-macam biz online sehingga kita lupa,adakah biz tersebut sesuai untuk kita sebagai seorang muslim.Ramai yang mengemukakan hujah bahawa biz tersebut tidak haram,harus dan sebagainya.Masing-masing laksana seorang pendebat yang lantang mengutarakan pendapat.Segala hujah yang bertentangan dengan pendapat mereka akan dipatahkan dengan bukti-bukti yang sedaya mungkin untuk mereka terus bertahan dalam internet biz ini.
Aku tidak mahu senaraikan program itu kerana akan menimbulkan sebarang kontroversi.Pernah aku menerima panggilan telefon daripada seorang leader program internet yang mengakui berpengkalan di negara mat salleh.Bertanya kepada aku mengapa aku mengeluar kenyataan yang meresahkan mereka di sebuah forum.
Bagi aku pendapat itu hanyalah pandangan peribadi aku dan mereka yang membacanya berhak menilai samada untuk mempercayainya atau tidak.Mereka punya akal untuk berfikir mana yang baik dan buruk.Mengapa mereka takut? Apakah dengan mengeluarkan pendapat periuk nasi mereka terjejas.
Mengapa pendapat mereka sahaja yang betul.Kalau program internet yang mereka sertai itu betul-betul boleh diyakini kesahihannya mereka tidak perlu takut.Kerana masa akan menentukannya.Oleh itu seharusnya mereka bersikap terbuka.
Oleh itu sebagai muslim,aku menyeru pada diri aku dan orang lain.Kalau boleh tinggalkan perkara yang meragukan atau syubhat kerana itu lebih baik.
Artikel berkaitan
Comments
4 Responses to “Mengapa aku sekarang lebih suka real BIZ”
Leave a Reply





Aku setuju dengan pendapat penulis.Kadang kala kita mesti meluaskan minda kita.
apa-apa pun kita kena bersikap terbuka.
akan tumpukan kepada web hosting service dan create product untuk dijual online.
aku pun sama macam ko cimok,
Mungkin kita just jadi salesman.. salesman online..
semoga Allah memberkati usaha kita.Walaupun sedikit yang kita dapat…yang penting kita yakin apa kita buat itu diredhai Allah.
ya betul tu,aku pun sekarang ni dah sedar dah.kena tengok dulu sebelum join apa-apa investment online