Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Membaiki dan install komputer sendiri.

Posted on July 9, 2006
Filed Under online biz |



Seringkali kita mengalami masalah komputer.Tetapi malangnya ramai rakyat Malaysia tidak tahu nak servis,”repair”,install,troubleshooting komputer mereka sendiri.Kadangkala masalah itu hanya masalah minor sahaja.Tetapi terpaksa hantar ke kedai komputer untuk dibaiki atau untuk menyelesaikan masalah kecil sahaja.Kajian menunjukkan kadar celik IT di Malaysia hanya 5% sahaja berbanding 70% di Singapura.Ini kerana disebabkan beberapa faktor seperti politik,birokrasi dan monopoli syarikat besar yang membantutkan perkembangan IT di Malaysia.Negara ini boleh berbangga dengan MSC tetapi rakyat negara ini sungguh malang sekali kerana dasar kerajaan yang tidak mesra pengguna.Mereka lebih mesra peniaga untuk kepentingan periuk nasi ahli politik.Sehingga menteri sendiri menegur bayaran dan kadar broadband di negara ini adalah paling mahal dan berkali ganda berbanding negara maju.Jika fenomena ini berterusan apa akan terjadi pada masa hadapan? 95% rakyat negara ini mengakses internet melalui pejabat dan sedikit sahaja di rumah.
Australia contohnya hanya mengena kadar RM130 untuk perkhidmatan wireless broadband yang berkelajuan 100mbps. Wow! 100mbps.Malaysia pula menganiaya rakyatnya dengan kadar Broadband RM88 hanya 1 mbps (itu pun,kapasiti itu diragukan sebab tak pernah capai pun kelajuan sebegitu). Berbalik kepada pengetahuan membaiki komputer,seharusnya rakyat Malaysia berusaha mencari ilmu bukan lagi hanya pandai berkata-kata dan membazirkan wang.Bayangkan kos maintanance komputer yang terpaksa anda tanggung setahun.Perbelanjaan itu mungkin boleh anda jimatkan dan simpan dalam ASB dan lain-lain tempat.

Kepada sesiapa yang berminat nak belajar sendiri penguasaan teknikal komputer dalam bahasa rasmi negara ini.Sila lawat laman web repairkomputer.com atau boleh layari mana-mana laman yang berkaitan komputer.Percayalah pengetahuan berkaitan komputer sungguh banyak didalam internet ini.Terserah kepada anda samada hendak atau tidak.

Wasalam.

Artikel berkaitan

Comments

2 Responses to “Membaiki dan install komputer sendiri.”

  1. Kamal on July 9th, 2006 1:51 am

    Saya ada pengalaman yang menyakitkan hati dengan streamyx ni.Dahlah perkhidmatan teruk dan bermacam-macam lagi kerenah birokrasi.Orang politik hanya pandai berkokok aje tentang perkembangan IT dalam masa yang sama mereka buat buta dan pekak telinga sahaja.

    Saya setuju sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berlumba-lumba mencai pengetahuan.kadangkala belanja rokok kita sehari pun dah cecah RM15.Tetapi kita tak kisah membazir kepada perkara itu dan cuku ambil kisah untuk berbelanja mengeluarkan wang untuk membeli buku,majalah IT dan lain-lain lagi.Fikirkanlah

  2. hasrul on July 10th, 2006 6:57 am

    sekarang ni dah senang.. nak dengan tak nak jer… saya dulu nak belajar pasal repair komputer ni.. berpusing-pusing.. rujukan bukan main payah.. hahah.. walau apa pun, pengetahuan asas tu penting.. kemudian baru update.. memang selalu kena update pasal teknologi bergerak pantas, kalau tak ketinggalan.. orang dah cerita pentium D, kita masih cerita pentium III.. hehhe

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.