Khatijah Ibrahim
Posted on March 28, 2008
Filed Under online biz |
|
|
MESKI pun sudah berusia 48 tahun, Khatijah masih cantik dan menawan.
|
SATU ketika dahulu, penyanyi tinggi lampai dan bersuara lantang,
Khatijah Ibrahim pernah membawa diri ke Christchurch, New Zealand (NZ).
Sepanjang 12 tahun berada di sana sehingga memperoleh status
penduduk tetap (PR), Khatijah atau mesra dengan panggilan Khaty
mengusahakan sebuah restoran bersama rakan kongsinya.
Namun begitu, ekoran restoran berkenaan terpaksa ditutup atas sebab-sebab tertentu, Khaty pulang ke tanah air.
Sekembalinya ke Malaysia, Khaty yang kini berusia 48 tahun terus
mewarnai seni hiburan tempatan sehingga bangkit popular menerusi album
Terbang Pulang.
Pejam celik, masa berlalu amat pantas dan dalam diam, sudah 30 tahun Khaty hidup sebagai insan seni.
Sepanjang tiga dekad, Khaty sudah melalui pelbagai pengalaman.
Selain aktif sebagai penyanyi dan pelakon, rindu Khaty pada bidang
perniagaan terutama restoran tidak pernah pudar.
Terbaru, penyanyi tinggi lampai ini bakal mengusahakan restorannya di Petaling Jaya (PJ) dinamakan Khatijah’s Kitchen.
Menggunakan segala kemahirannya ketika di NZ, Khatijah’s Kitchen yang berkonsepkan masakan Melayu akan dibuka akhir bulan ini.
Menurut Khaty, istimewanya, restoran itu akan mempunyai sebuah
pentas yang membolehkan sesiapa termasuk artis mengadakan persembahan.
“Ini merupakan permulaan bagi saya untuk mengembangkan lagi
Khatijah’s Kitchen. Jika ada rezeki, saya akan membuka beberapa
cawangan di luar negara seperti New York, Frankfurt dan Paris.
“Saya juga merancang untuk kembali ke New Zealand dan mengusahakan Khatijah’s Kitchen di sana.
“Cinta dan kasih Malaysia tidak pernah berubah. Saya ke sana untuk
berniaga,’’ katanya ketika ditemui pada majlis promosi Hari Ibu di
Restoran Kunang- Kunang, Gombak, Selangor, baru-baru ini.
sumber : Utusan Malaysia





Leave a Reply