Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Khai, Rosma selamat diijab kabul

Posted on April 27, 2008
Filed Under online biz |





PUTRAJAYA 26 April – Hubungan cinta yang terjalin sejak lima tahun
lalu antara Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad, 29, dan
Rosmayati Sidik, 23, atau Rosma akhirnya termeterai di gerbang
perkahwinan apabila kedua-dua penyanyi itu selamat diijabkabulkan di
Masjid Putra, Putrajaya di sini hari ini.

Pasangan tersebut dinikahkan dengan mas kahwin RM100 oleh jurunikah
Masjid Putra, Putrajaya, Abd. Manaf Mat, 49, setelah diwakilkan oleh
bapa Rosma, Sidik Abu Bakar, 71, tepat pukul 11.55 pagi selepas dua jam
ditunangkan pada majlis yang sama.

Dengan sekali lafaz, Khai sah menjadi suami kepada Rosma dan
kedua-dua mempelai kelihatan berseri mengenakan busana berwarna putih
susu daripada Butik D’risik.

Pada majlis itu juga, pasangan tersebut bertukar-tukar dulang
hantaran iaitu sembilan dulang daripada Khai termasuk wang hantaran
RM16,161.61 beserta sirih junjung, tas tangan jenama Guess, kasut,
sejadah, telekung dan senaskhah al-Quran.

Rosma pula membalas 11 dulang hantaran berupa kek, sirih junjung,
minyak wangi, kasut dan tali pinggang, puding, sejadah, coklat dan
senaskhah al-Quran.

Bibit-bibit percintaan pasangan itu mula terbit ketika mereka
sama-sama menyertai rancangan realiti televisyen popular, Akademi
Fantasia musim pertama pada tahun 2003.

Ketika ditemui selepas majlis akad nikah, pasangan tersebut
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana majlis pernikahan mereka
berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah semuanya selamat, mula-mula memang rasa berdebar
tetapi bila sudah selesai akad nikah mula rasa lapang dan lega sangat.
Walaupun boleh tarik nafas lega, tetapi ini merupakan permulaan untuk
saya memikul tanggungjawab,” kata Khai yang pernah popular dengan lagu
Dambaan Pilu itu.

Tambah Khai, selepas ini mereka akan menetap di kediaman Rosma di
Seri Kembangan, Selangor untuk memudahkan perjalanan aktiviti seni di
sekitar Kuala Lumpur.

sumber : berita harian

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.