Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Kekuatan Bersedekah

Posted on April 22, 2008
Filed Under online biz |



Kekuatan Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu
Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan
kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian
mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang
lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ” Ada , iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun
boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau
sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ” Ada , iaitu api” (besi walau sekeras
manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ” Ada , iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ” Ada , iaitu angin”
(air di samudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung
dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana
kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ” Ada ,
iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya
sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya “.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya
adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya,
sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada
unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam
pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah
: “Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada
niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang
diniatkannya” .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan
niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji,
dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita
menjadi sia-sia.


Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita
umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki
yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran
yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya
dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

• Allah Ta’ala berfirman, ” Adapun orang yang memberikan (hartanya di
jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik
(syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah” .
{Qs. Al Lail (92) : 5-8}

• Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh )
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .
{Qs. Al Baqarah (2) : 261}

• RasulAllah SAW bersabda, “Setiap awal pagi, semasa terbit matahari,
ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya
Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya
kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan
hartanya”


Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk
menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda
RasulAllah SAW, sbb :

• “Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah” .

• “Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah” ubatilah penyakitmu dengan sedekah “.

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran
bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk
melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai
contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang
kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta
tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal
sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan
syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik
(bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan
prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita
niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya
yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang
kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi
urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi
hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya
adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan
andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita
dapat beramal (bersedekah) ?

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada
pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan
maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum
sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan
biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Juma’at
ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at
berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi
lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa
Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan
sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat
keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk
kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan
memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak
menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur
(invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan
pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya
berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka
kehilangan sesuatu.


Sedekah yang pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda
: “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus ,
kecuali tiga hal: amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih
yang mendo’akannya ” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.