Forex!!!
Posted on July 4, 2006
Filed Under online biz |

Sekarang hangat orang memperkatakan tentang forex. Dimana-mana pergi samada diforum-forum atau dimana-mana sahaja orang akan menceritakan tentang forex.Mereka mengatakan main forex ini lebih baik daripada main HYIP , Autosurf dan lain-lain lagi. Sekarang ini sudah jadi satu fenomena orang mengaitkan sesuatu skim yang dianjurkan dengan forex seperti HYIP Forex. Mereka berhujah dengan lantang mengatakan forex ini sah dari segi hukum Islam.Untuk menguatkan hujah mereka,pelbagai bukti diberikan seperti jawapan Mufti Perak dan lain-lain lagi.
Sebenar bagi pendapat aku yang jahil ini kalau dibaca dengan teliti jawapan Mufti Perak itu.Forex yang dibenarkan adalah yang telah diluluskan oleh panel syariah.Bukan forex yang tidak tahu hujung pangkalnya.Kalau forex itu mainnya macam ada unsur ramalan dan agakan memang sah hukumnya *****.Jadi terpulang kepada anda untuk menilainya.
Artikel berkaitan
Comments
8 Responses to “Forex!!!”
Leave a Reply





Saya pun agak ragu-ragu dengan cara permainan forex melalui internet sekarang…
Persoalan yang tidak pernah terjawab, ke manakah duit yg dilaburkan itu disalurkan untuk mendapat balik modal pusingan?
Apa yang saya tahu, bayaran untuk ahli hanyalah hasil daripada kutipan ahli-ahli baru dan pusing-pusing duit ahli sahaja.. Mudah kata, main duit, bukan pelaburan… Ramai yang tahu hal ini, tapi tutup mulut hanya sebab pentingkan……. DUIT.
Sebagai seorang Islam, kita sebaik-baiknya mengelak daripada melakukan perkara yg belum tentu hujung pangkalnya.. Kerana itulah jalan yang selamat…
Ya betul tu,elakkan perkara yang meragukan
Bagi pendapat saya, forex macam bursa saham. Cuma perniagaannya adalah matawang. Macam yang pak cik soros buat zaman Tun dululah.Kalau anda selalu travel overseas anda akan mengatahui kepentingan forex. Konsep business is simple i.e Demand and supply. Macam harga kelapa sawit, emas etc. Halal atau haram itu kena rujuk pada ahli yang pakar. tapi bagi pengetahuan yg diizinkan pada saya kalau tak de forex nak pergi umrah pun tak boleh.So tepuk dada tanya ilmu dan iman.Cuma kat sini kalau tak betul cara dan niat trading boleh merugikan. Apa2 hal belajarlah dulu. mula2 belajar tadika, pas tu sek. rendah, pas tu sek. men. dan pas tu universiti. ambil degree dan lepas tu pulak buatlah master kemudian PHD. So macamtu jugaklah dengan ilmu islam. Janganlah setakat belajar hingga peringkat sek. menengah aje.Biarlah sampai peringkat Master atau PHD. Baru terbuka Minda.Apa2 hal pun Mintalah pada yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Hidup, Maha Berkehendak dan Maha berkata2. iaitulah Tuhan yang bernama Allah.Jarang kita dapat kefahaman untuk berkata2 dengan Allah, sedangkan hari2 pun Solat.Allahualam. Ambillah yang positif semoga bermanfaat.
ya betul pendapat itu.tapi fenomena forex yang melanda sekarang ni susah nak cakap.baru-baru ni pecah rahsia MAS rugi main forex.Itu yg main tu pakar-pakar forex semua.Sebenarnya forex ini salah satu agenda yahudi.Bukan kata forex itu tidak boleh tetapi cara forex itu dimanipulasikan.Sekarang ni orang banyak main forex berdasarkan ramalan sahaja.walahualam
Bagi pendapat saya mungkin berbeza, namun apapun sekiranya resultnya adalah selamat maka itulah islam. Kerana makna@maksud bagi islam itu sendiri adalah selamat. Apa2 yg. kesannya tidak selamat maka itu bukanlah cara islam.
Cuba kita tanya diri kita mengapa Yahudi boleh memanipulasi dan kita tidak berupaya? Apa yang ada pada yahudi ada juga pada kita. Mereka hanyalah manusia sepertimana kita- mempunyai jasad dan roh. Cuma cara pemikiran mereka adalah berbeza.Mengapa? Cuba kita tanya Allah! Bercakaplah dan memintalah dengannya. Mengapa kita sering melalaikan diri daripada mengingati tuhan sekalian alam?Ingat tuhan bukan hanya didalam solat, bahkan hendaklah berkekalan diluar solat.Barulah kita selamat. Tetapi saya tetap yakin bahawa segala kejayaan adalah terletak atas kuasa Allah. Tuhan sekalian Alam.Dia lah yang menguasai manusia yang bernama islam@yahudi@kristian@zoroaster. Sekiranya Allah mengizinkan orang islam pula yang memonopolikan forex, tiada yang dapat menghalangnya. Allahualam.Sekadar pendapat untuk dikongsikan bersama.
Perdagangan Forex asing timbul karena adanya perdagangan barang-barang kebutuhan/komoditi antar
negara yang bersifat internasional. Perdagangan (Ekspor-Impor) ini tentu memerlukan alat bayar yaitu
WANG yang masing-masing negara mempunyai ketentuan sendiri dan berbeda satu sama lainnya sesuai
dengan penawaran dan permintaan diantara negara-negara tersebut sehingga timbul PERBANDINGAN NILAI
MATA WANG antara negara.
Perbandingan nilai mata wang antara negara terkumpul dalam suatu BURSA atau PASAR yang bersifat
internasional dan terikat dalam suatu kesepakatan bersama yang saling menguntungkan. Nilai mata uang
suatu negara dengan negara lainnya ini berubah setiap saat sesuai volume permintaan dan
penawarannya. Adanya permintaan dan penawaran inilah yang menimbulkan transaksi mata wang. Yang
secara nyata hanyalah tukar-menukar mata wang yang berbeda nilai.
HUKUM ISLAM dalam TRANSAKSI FOREX
1. Ada Ijab-Qobul: —> Ada perjanjian untuk memberi dan menerima
* Penjual menyerahkan barang dan pembeli membayar tunai.( perpindahan akaun)
* Ijab-Qobulnya dilakukan dengan lisan, tulisan dan utusan.
* Pembeli dan penjual mempunyai wewenang penuh melaksanakan dan melakukan tindakan-tindakan hukum
(dewasa dan berpikiran sehat)
2. Memenuhi syarat menjadi objek transaksi jual-beli yaitu:
* Suci barangnya (bukan najis)
* Dapat dimanfaatkan
* Dapat diserahterimakan(perpindahan akaun)
* Jelas barang dan harganya
* Dijual (dibeli) oleh pemiliknya sendiri atau kuasanya atas izin pemiliknya
* Barang sudah berada ditangannya jika barangnya diperoleh dengan imbalan.
Assalamualaikum semua,anda semua mungkin keliru lagi tentang forex…yang jadi keliru ni mungkin kerana jenis forex itu sendiri.Di zaman maju dan serba canggih ini wujud perniagaan melalui internet spt forex dll.Forex pada asasnya adalah pertukaran matawang asing yang sering dilakukan oleh bank-bank untuk pelancong asing atau untuk seseorang itu melakukan urus niaga melibatkan negara lain maka tukaran matawang mesti dilakukan antara kedua-dua belah pihak.Ini sebenarnya fungsi forex dan forex ini dinamakan ‘FOREX ON THE SPOT BASIS’.Forex ini adalah HALAL kerana pertukaran matawang adalah serta merta dan tidak bertangguh(yadan biyadin)maknanya ’saya beri kamu ambil’.
Forex yang menjadi haram adalah forex yang ditawarkan oleh broker2 platform forex yang menyediakan kemudahan platform(graf/carta)berserta indicator2(pengukur/peramal pasaran)yang banyak sekali boleh didapati dalam internet,dan urus niaganya 24 jam sehari 5 hari seminggu.forex jenis ini dinamakan’FOREX FORWARD’iaitu urus niaganya bertangguh ke suatu jangka masa tertentu,maka tatkala itu AQAD pertukaran barang menjadi batal dan menjadi riba nasiah.
Harus diingat ini bukan seperti jual beli biasa tetapi kita meletakkan wang kita dalam sesuatu ‘position’sama ada ’sell’ atau ‘buy’dan kemudian menunggu carta naik atau turun lalu mendapat untung melalui perubahan ‘pips’(mata)nilai matawang..
Mungkin inilah yang menimbulkan kekeliruan antara kita.Jika anda pernah lihat ada orang menjalankan perniagaan ‘money changer’ maka itulah perniagaan tukaran matawang atau FOREX.Hanya itu yang perlu difahami,forex bukanlah sesuatu yang mesti melibatkan wang yang banyak atau rumit keadaannya.Yang rumit hanyalah pada jenis forward tadi..
Untuk lebih jelas silalah layari laman web ini http//:www.zaharuddin.net.Beliau seorang penasihat Qatar Islamic Bank cawangan malaysia yang mana pengerusi syariah dicawangan timur tengah adalah Dr Yusuf Qardhawi.Beliau mengkaji setiap pelaburan di internet mahupun bank dan sering berhubung dengan Dr Yusuf Qardhawi tentang permasalahan pelaburan samaada menurut syariah atau tidak.
assaamualaikum,entahlaaa tak tau aku nak cakap macam mana.aku blajar stakat spm jer.ilmu tak der. nak cakap takut tersilap.tapi nak cakap jugak.dulu aku susah gila.dah kawin.kerja cuci karpet.tinggal kat flat.area semua ustaz2.dalam flat tu aku paling susah.kalau kat surau, mesti duduk kat corner jauh dari org. aku tahu orang lain takde tajuk nak dibualkan ngan aku.diaorang takut nak borak ngan aku takut aku nak pinjam duit atau nak mintak rokok dunhill.peh tersisih.kena kutuk? wallahualam. pelan pelan aku belajar forex. last last……jeng jeng jeng!! aku gadai emas bini aku nak trade forex dan beli laptop (dell pentium iii) aku mula dengan usd 500. berkat kegigihan dan doa aku, aku dapat balik modal dalam masa 2 minggu.aku terus berenti kerja dan mula trade forex full time. skarang aku buka laptop 2 kali sehari dalm masa 10 minit jer..tetapi income aku usd 500 dolar sehari.ada kereta, rumah elit dan dapat hantar kampong tolong sanak saudara.aku pernah nagis tengah solat betapa aku syukur pada allah taala.kawan datang mintak tolong ramai..semua pasti dibanntu seadanya.sekarang aku ngajar forex percuma di kelang, puchong, bangi, klia dan subang.FREE. umur aku 23 tahun. edenhash@yahoo.com.sg