Bagaimana berkomunikasi dengan baik!!!
Posted on June 14, 2006
Filed Under online biz |
Teknik komunikasi adalah penting dalam sesebuah perniagaan.Orang selalu tertarik membeli perkhidmatan atau produk jualan kita bukan disebabkan kehebatan barangan sahaja.Tetapi teknik berkomunikasi yang berkesan.Disini saya ingin berkongsi sedikit tip komunikasi yang saya praktikkan.
1. Jika kita menjual perkhidmatan kita mestilah berkomunikasi dalam bentuk pengetahuan dan tunjukkan yang kita sedia membantu mereka mennyelesaikan apa yang pelanggan kehendaki.
2. Jika kita menjual produk jangan lupa menjawab sebaik mungkin apa soalan yang diajukan.Jangan kondem mana-mana produk pesaing kita.Tetapi kita haruslah menunjukkan kelebihan produk kita daripada pesaing kita.Tunjukkan testimonial yang ada untuk menyakinkan pelanggan.
3.Jika anda menghadapi komplen daripada pelanggan,jangan melatah atau buat tak tahu sahaja.Tanya mereka apa yang menyebabkan mereka tidak puas hati.Adakah mereka sudah mengikut segala aturan atau nasihat yang anda cadangkan.
4. Aura. Anda mesti mempunyai sesuatu aura yang boleh menarik orang.Bagaimana ingin memiliki aura.Banyak caranya.Kalau MAWI mempunyai aura yang boleh menarik jutaan peminat.Kita juga boleh mengasah aura kita jika kita mahu dan yakin.Bagaimana nak dapat aura ini? Jawapannya mudah sebagai seorang muslim aura boleh dapat secara automatik jika kita menunaikan suruhannya.Tidap perlu meditasi,tidak perlu bertapa,tidak perlu lain-lain lagi. Bagi diri saya,aura saya perolehi dengan berjiwa lapang,banyakkan sedekah dan solat berjemaah.Pelik bukan kenyataan aku ini.Tetapi anda akan lebih pelik lagi setelah melakukannya.Setiap sedekah yang anda lakukan kepada orang yang berhak akan menyuci harta dan jiwa dan melipatkan kali ganda aura anda.Tidak percaya? cuba lakukan sendiri.
5. Apa lagi ye…nanti sambung lagi
Artikel berkaitan
Comments
3 Responses to “Bagaimana berkomunikasi dengan baik!!!”
Leave a Reply





Tip yang menarik.teruskan usaha anda
thanks cimok,
pasal aura tu sikit sebanyak bagi aku kesedaran.
“Bagaimana nak dapat aura ini? Jawapannya mudah sebagai seorang muslim aura boleh dapat secara automatik jika kita menunaikan suruhannya.Tidap perlu meditasi,tidak perlu bertapa,tidak perlu lain-lain lagi. Bagi diri saya,aura saya perolehi dengan berjiwa lapang,banyakkan sedekah dan solat berjemaah.Pelik bukan kenyataan aku ini.Tetapi anda akan lebih pelik lagi setelah melakukannya.Setiap sedekah yang anda lakukan kepada orang yang berhak akan menyuci harta dan jiwa dan melipatkan kali ganda aura anda.Tidak percaya? cuba lakukan sendiri.”
Semoga anda semua dikurniakan aura yang kuat.Bersenam juga dapat menguatkan aura.Itu sebab tok aji dan tok imam selalu dpt aura yg baik sebab waktu subuh antara waktu yg paling banyak aura positif dan energy yang kuat.Ini sudah dibuktikan secara saintifik dengan kamera kirlian.Lagi satu semasa kita solat jemaah aura negatif akan dibuang kerana sentuhan semasa dalam barisan.Itu sebab kita tengok orang yg kuat ibadat muka ada aura yg kuat dan bersinar-sinar.Itu sebab tok imam pesanan rapat2 dan akan dapat berkat.Jadi bila solat jemaah jangan jarak2.sebaiknya rapat-rapat.