Tool Membaiki Hardisk(HDD) Rosak
Posted on August 21, 2006
Filed Under Komputer |
Seringkali jika cakera keras anda tidak dapat digunakan, anda terus menyatakan yang cakera keras anda telah rosak 100%. Sebenarnya masih ada lagi ikhtiar yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan cakera keras anda sebelum membuangnya ke dalam bakul sampah.
Teknik pemulihan cakera keras
Ikuti beberapa petua di bawah ini di mana semuanya telah terbukti berkesan. Cara dan teknik yang dinyatakan adalah bagi keadaan cakera yang telah lumpuh sepenuhnya. Pendek kata tiada jalan lain lagi yang boleh dilakukan selain dari membuangnya.
Teknik pembekuan
Teknik yang saya belajar ketika menjadi juruteknik komputer, apabila menghadapi masalah seperti “data-read error”, jalan penyelesaian ialah dengan membeku cakera keras semalaman. Ini membuatkan data semakin tidak dapat dibaca, tetapi hanya untuk sementara sahaja. Jika data tersebut amat kritikal, anda perlulah menukar terus cakera keras (terutama sekali drive failure).
Caranya ialah dengan membungkus hard drive dengan beg plastik yang kalis air, letakkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam dan terus berdoa.
Kemudian keluarkan ia dari peti sejuk dan terus sambungkan kabel komputer dan hidupkan PC dan lakukan pemindahan data dgn secepat yang mungkin sebelum suhu cakera keras tersebut meningkat.
Teknik hentakan
Antara sebab utama mengapa cakera keras sukar untuk berputar (spin) ialah kerana kepala (head) telah melekat pada piring (platter). Sebagai jalan terakhir, hentakkan hard drive di atas tempat yang keras (lantai) setinggi 8 inci sebanyak sekali hentakan. Insyaallah, tidak dapat tidak 90% masalah tersebut dapat diselesaikan.
Selain itu anda boleh guna beberapa software seperti Hardisk Regenerator atau Zerofill.
Artikel berkaitan
Comments
4 Responses to “Tool Membaiki Hardisk(HDD) Rosak”
Leave a Reply





teknik baling ke dinding takde ke? hihi
hentakan lebih best hafiz….baling kurang sikit…biasa musim cuti sekolah ni orang lebih suka hentak-hentak daripada baling-baling hiiii
hehehe… hentak..
owh…xtremenya cara ;p
Saya gunakan sabun kalau ada masalah camtu.
Caranya ialah sapukan cecair pencuci pinggan yang pekat ke atas cd tue, dan ratakan sabun pekat tersebut.
Selepas itu bilas dengan air dan keringkan dengan tuala. Ketika keringkan, pastikan lap secara membulat (ini memang sepatutnya apabila lap cd).
InsyaAllah paling tak dapatlah run atleast for the ‘final breath’