Spyware,malware,trojan,worm,bho
Posted on November 15, 2006
Filed Under Komputer |
Istilah diatas sering kita dengar,tapi di mana yea.Kalau tupperware tu selalu dengar. Sebenarnya istilah diatas selalu digunakan dalam bidang komputer dan dunia IT untuk mengambarkan betapa bahayanya penghujung yang berakhiran ware tetapi bukannya pakaian dalam yang dikenali sebagai underware yang mempunyai pelbagai jenama dan paling dikenali sekali ialah cap buaya.
Dahulu pengguna komputer beranggapan bahawa Virus sahaja yang berbahaya.Tetapi kini selain daripada virus komputer spyware dan sebangsa dengannya cukup berbahaya yang boleh mengakibat kerugian daripada segi wang ringgit kepada perusahaan besar dan sektor awam.Bagaimana kita hendak mengelakkan perkara ini terjadi? Apa yang perlu kita lakukan ialah sentiasa berhati-hati dan telah mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya terlebih dahulu.
Virus menjadi popular semenjak Pentagon diserang sejenis virus yang bernama Michel Angelo yang telah memusnahkan sistem komputer di Pentagon.Perkembangan virus dan sebangsa dengannya seperti spyware,hijacker,keylogger dan lain-lain lagi jika tidak ditangani dengan serius akan menyebabkan sistem yang menggunakan online dalam urusniaga seperti bank dan lain-lain lagi akan mengalami kerugian.
Bagaimana melindungi diri kita daripada serangan mahluk perosak maya ini? Jawapan yang mudah ialah dengan menambah pengetahuan kita tentang keselamatan komputer.Seiring dengan perkembangan teknologi IT.Penyebaran segala bentuk virus,spyware,worm dan sebagainya cukup mudah dengan ledakan penggunaan internet pada masa kini.
Penyebaran virus dan spyware banyak terjadi melalui email dan sistem rangkaian yang tidak mempunyai firewall dan kurang lasak dalam menghadapi serangan ini.Oleh itu adalah perlu bagi anda memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang cara mencegah virus,spyware,worm dan lain-lain lagi.Sentiasa menggunakan perisian antivirus yang selalu diupdatekan.Bagi pengguna OS seperti windows pastikan anda sentiasa mengemaskini patch yang terbaru supaya sistem anda lebih kebal dari serangan pencerobohan.
Salah satu perisian firewall yang baik dan boleh digunakan anda seperti Sysgate firewall, Zone Alarm. Lavasoft dan sebagainya dapat mengurangkan risiko kerugian yang terpaksa ditanggung oleh anda.Bagi anti spyware anda boleh mencuba ewido.net atau ad aware yang diberikan secara percuma.Bagi pengguna yang mahir anda boleh menggunakan HijackThis yang cukup ampuh setakat ini.





Leave a Reply