Penyakit gout
Posted on August 1, 2007
Filed Under kesihatan |
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
- asimptomatik
- akut
- interkritikal
- kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.
Serangan
Rawatan peringkat pertama untuk serangan akut harus merupakan melegakan kesakitan. Sebaik sahaja diagnosis disahkan, drug-drug pilihan ialah indometasin dan drug-drug anti keradangan bukan steriod (NSAID) yang lain, atau glukokortikoid intraartikular yang diberikan melalui suntikan sendi.
Pada suatu ketika, kolkisin adalah drug pilihan untuk serangan-serangan gout yang akut. Drug ini mengurangkan keupayaan granulosit untuk bergerak dan boleh menghalang fenomena keradangan yang memulakan serangan gout. Kolkisin harus dimakan dalam tempoh 12 jam pertama dari permulaan serangan dan biasanya akan melegakan kesakitan dalam tempoh 48 jam. Kesan sampingan utamanya ialah gangguan gastrousus. NSAID kini merupakan bentuk analgesia yang diutamakan untuk pesakit-pesakit gout.
Sebelum bantuan perubatan dapat diperoleh, sesetengah ubat yang dijual di kedai farmasi boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan dan bengkak. NSAID seperti ibuprofen boleh mengurangkan sedikit kesakitan dan keradangan, tetapi aspirin harus tidak digunakan kerana drug ini boleh memburukkan lagi keadaan itu. Salap buasir sediaan H boleh digunakan untuk mengurangkan bengkak secara sementara. Untuk jangka panjang, rawatan perubatan profesional diperlukan.
Rawatan jangka panjang (untuk serangan-serangan yang kerap) ialah terapi antihiperurisemia. Perubahan diet boleh mengurangkan aras urat plasma jika diet itu tidak banyak mengandungi purina kerana badan akan memetabolismekannya menjadi asid urik. Diet yang disyorkan ialah makanan-makanan peneutral purina, seperti buah-buahan segar (khususnya buah ceri, dan strawberi) dan kebanyakan sayur-sayuran segar, jus saderi tercair, air suling, serta vitamin B-kompleks dan vitamin C. Alkohol serta makanan purina tinggi, seperti daging, ikan, kacang (termasuk lentil, dan kacang pea), cendawan, daun bayam, pucuk asparagus, dan kubis bunga, harus dielakkan.
Salah satu ubat semula jadi yang kuat ialah ekstrak buah beri yang terdiri daripada bilberi, beri biru atau ceri. Bahan-bahan antosianida yang memberikan warna biru dan unggu kepada beri-beri tersebut menjadi bahan anti radang selepas memasuki badan. Ini mungkin merupakan pilihan yang lebih baik untuk pesakit-pesakit transplan yang sering menghidap gout, disebabkan pertambahan ketoksikan dan bebanan pada ginjal yang diakibatkan oleh ubat penindas keimunan.
Bagaimanapun, bahan utama untuk pendekatan ini ialah drug alopurinol yang merupakan satu perencat oksidase xantina yang mengurangkan penghasilan asik urik secara langsung. Walaupun demikian, rawatan alopurinol harus tidak dimulakan semasa serangan gout kerana ubat ini boleh memburukkan lagi serangan tersebut. Tetapi seorang pesakit yang telah menerima rawatan alopurinol sebelum serangan harus meneruskannya.
Keputusan untuk menggunakan alopurinol sering merupakan keputusan sepanjang hayat. Penyakit gout diketahui kambuh menjadi gout artritis akut apabila pesakit-pesakit berhenti pengambilan alopurinol kerana perubahan aras urat serum yang pada dirinya kelihatan mengakibatkan pemendakan hablur.
Febuksostat, satu perencat bukan purina yang baru untuk oxidase xantina, kelihatan merupakan alternatif yang lebih baik berbanding dengan alopurinol. [1] Probenesid, satu drug urikosurik yang menggalakkan pengumuhan asid urik ke dalam kencing, juga biasa dipreskripsikan — seringnya bersama-sama dengan kolkisin. Suatu perkara yang menarik adalah bahawa drug fenofibrat yang digunakan untuk merawat hiperlipidemia juga memberi kesan urikosurik yang berfaedah (Bardin 2003). Sebaliknya, alopurinol dan agen-agen urikosurik tidak sesuai untuk pesakit-pesakit karang ginjal dan keadaan-keadaan renal yang lain.
Oleh sebab hipertensi arteri (darah tinggi) sering wujud seiring dengan gout, rawatan dengan losartan (suatu antagonis reseptor angiotensin) mungkin akan memberi kesan tambahan yang berfaedah terhadap aras-aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampingan tiazida (satu kumpulan diuretik yang digunakan untuk darah tinggi) yang negatif terhadap metabolisme asid urik bagi pesakit-pesakit gout. Telah dicurigai bahawa dalam banyak kes, gout mungkin merupakan suatu penyakit sekunder kepada apnea tidur yang tidak dirawat, ketika sel-sel yang tidak menerima oksigen yang mencukupi menghasilkan purina-purina sebagai keluaran sampingan. Dalam kes tersebut, rawatan untuk apnea boleh mengurangkan kejadian serangan gout akut.
Sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2004 menunjukkan bahawa sumber-sumber purina daripada daging haiwan, seperti daging lembu dan makanan laut, amat meningkat risiko hidapan gout. Bagaimanapun, sumber-sumber purina daripada sayur-sayuran tidak mengakibatkannya. Keluaran-keluaran tenusu lemak rendah seperti susu skim (susu tanpa lemak) juga amat mengurangkan kemungkinan menghidap gout. Kajian ini telah mengikut melebihi 40 ribu orang lelaki selama bertahun-tahun, dengan 1,300 kes gout daripada kumpulan ini dilaporkan
Cadangan untuk melegakan kesakitan
Peredaran darah di sekitar sendi yang tidak dapat bergerak boleh diperbaiki melalui mandi air suam. Perbuatan ini melegakan bengkak dan mengurangkan penghabluran asid urik. Pastikanlah bahawa kawasan itu kering sebelum mengenakan pakaian. Pendekatan yang akal untuk merawat bengkak dan keradangan biasa adalah untuk menggunakan pek ais. Bagaimanapun, oleh sebab penghabluran asid urik dipercepat oleh suhu rendah, penggunaan pek ais hanya akan memburukkan keadaan ini. Oleh itu, seseorang harus membuat sebaliknya dan merawat gout dengan kehangatan.
Sumber : Wikepedia
Artikel berkaitan
Comments
2 Responses to “Penyakit gout”
Leave a Reply





..utk kongsi pengalaman je….kpd sesiapa pengidap gout sya cadangkan kpd anda amalkan minum air belimbing tanpa gula .klu boleh tiap2 hri atau selang sehari…….insyaallah….saya dulu mengdap penyakit ni lebih kurang 5/6 tahun ..alhamdulillah sekarang dah 5 tahun tak pernah mengalaminya lagi di samping ubat2an dari doktor…..selamat mencuba
saya peghidap penyakit gout keturunan dan baru berumur 20-an. Saya telh disyorkan untuk menggunakan allopurinol kerana, menrurt dr, allopurinol mengelak serangan berlaku. Namun, saya tidak pernah mengambil allopurinol sehingga sekarang dimana serangan gout berlaku ketika saya sedang bersedia untuk kejohanan besar (saya ahli sukan). Serangan gout yang amat menyakitkan menyerang saya dan telah mengambil penaan sakit (Olfen) dengan dos berlebihan untuk menahan sakit. Saya juga telah mengambil allopurinol pada masa itu dan sehingga kini, saya telah memakan lebih kurang 5 biji pil allopurinol. Soalan saya, sekiranya saya berhenti mengambil alloprinol sekarang, adakah saya akan mengalami serangan yang lebih teruk?