Kesihatan Lelaki
Posted on March 17, 2008
Filed Under kesihatan |
Sebagai usaha menjaga kesihatan, seseorang lelaki harus berjumpa doktor dan melakukan pemeriksaan kesihatan. kebanyakan penyakit akan datang mengikut tahap umur, dan mungkin akan datang lebih awal jika dalam keluarga anda memang terdapat sejarah penyakit berkaitan. Berikut adalah petikan artikel mengenai perkara-perkara yang patut dibuat pemeriksaan:
1. Tekanan darah
Umur 45 tahun, satu dari tiga lelaki memiliki tekanan darah tinggi. Darah tinggi boleh memperpendek lima tahun umur lelaki. Ini satu alasan melakukan tes setiap tahun.
2. Indeks massa tubuh dan ukuran pinggang.
Indeks massa tubuh adalah ukuran menentukan berat badan seseorang sesuai dengan tinggi badannya. Indeks massa tubuh 25 atau di atasnya berisiko menghidapi diabetes, penyakit kardiovaskular, kanser, dan arthritics. Lingkar pinggang di atas 40 inci meningkatkan terjadinya sindrom metabolisme.
3. Kolesterol
Lihat total kolesterol secara menyeluruh (total kolesterol yang sihat di bawah 200) dan kolesterol jahat atau LDL (yang bagus 100 hingga 130). Kadar kolesterol “baik†HDL yang rendah (di bawah 40) dan tingginya trigliserida (di atas 150) berisiko mendapat serangan jantung dan stroke. Mereka seharusnya melakukan pemeriksaan darah menyeluruh setiap 3 tahun pada umur 30-an, tiap 2 tahun (umur 40-an), dan tiap tahun (50-an ke atas).
4. Gula darah
Satu dari 10 lelaki berisiko mendapat diabetes ini dan komplikasinya. Tapi banyak yang tidak tahu. Seorang lelaki yang sihat perlukan pemeriksaan gula darah terutamanya ketika masuk usia 45 tahun, atau boleh lebih cepat apabila dia memiliki riwayat keluarga diabetes, tekanan darah tinggi, HDL rendah, atau kelebihan berat badan.
5. Screening kanser usus
Ini adalah kanser ketiga yang paling sering terjadi dan mematikan. Mulailah melakukan screening pada umur 50 tahun atau lebih cepat jika memiliki riwayat keluarga.
6. Ujian kanser prostat.
Setiap lelaki seharusnya mendapat pemeriksaan rectal digital tiap tahun ketika memasuki umur 50 tahun. Dan umur 45 tahun jika memiliki riwayat penyakit ini.
7. Kulit.
Lebih ramai lelaki berbanding wanita yang meninggal akibat malignant melanoma. Pemeriksaan rutin bulanan dan tahunan boleh mengesan lebih awal pertumbuhan kulit yang mencurigakan. Biasanya titik yang berbahaya ialah di punggung bahagian atas.
Sumber : Koran Tempo, 24 Januari 2008





Leave a Reply