Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Kebaikan magnet

Posted on February 23, 2008
Filed Under kesihatan |



Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.

FAKTA MAGNET

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin-yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif.

Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi.

Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.

SEJARAH TERAPI MAGNET

Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan. Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan “Gout” dan kekejangan otot. Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikkan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu. Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.

Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet “mengganggu” transmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak. Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia dan migrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.