Gempar buah semangka ada Viagara
Buah semangka mampu menyuburkan ghairah seksual pasangan suami isteri.
Para sarjana di Texas mendapati semangka mengandung citrulline yang
tinggi. Zat inilah yang melenturkan pembuluh darah pada tubuh dan
membuatnya santai sama seperti pengaruh memakan Viagra. Citrulline
boleh mengatasi mati pucuk malah mencegahnya.
Berbeza dengan viagra yang merbahaya bila dimakan berlebihan, semangka jika dimakan berlebihan hanya menyebabkan kekenyangan.
Citrulline banyak ditemui dalam isi dan kulit semangka, ia akan
bertindakbalas dengan enzim tubuh ketika dimakan dalam jumlah cukup
banyak. Zat ini berubah menjadi arginine iaitu sejenis asam amino yang
berkhasiat untuk jantung dan sistem peredaran darah serta kekebalan
tubuh.
Menurut kajian, citrulline lebih banyak ditemui pada kulit semangka
berbanding dalam isinyanya, iaitu sekitar 60 peratus. Tetapi peratusan
itu boleh berbeza-beza. Citrulline juga boleh ditemui pada semua jenis
semangka dan kandungan paling tinggi dimiliki oleh semangka kuning.
Walaupun penemuan ini cukup menarik, Todd Wehner, pengkaji semangka di
North Carolina State University berpendapat bahawa sesiapapun yang
biasa makan Viagra sebaik-baiknya tidak berharap akan mendapat faedah
sama dari semangka.
Anda perlu makan cukup banyak semangka bagi mendapat kadar citulline
yang cukup. “Untuk mendapatkan citrulline yang mampu merangsang kadar
arginine dalam tubuh, seseorang harus meminum setidaknya enam gelas
atau sekitar 1.4 liter semangka,” ujar Penelope Perkins-Veazie,
pengkaji Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) di Lane, Oklahoma.
Kesan yang pasti ialah anda akan selalu buang air kecil.
sumber: andalas










































