FAKTOR KEMANDULAN
Posted on March 24, 2008
Filed Under kesihatan |
FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN ISTERI
1.Salur fallopio tersumbat.
2.Tidak subur.
3.Telur tidak baik.
4.Peredaran haid tidak teratur.
5.Haid terhenti atau tidak ada langsung.
6.Haid terlampau lama.
7.Sakit setiap kali kedatangan haid.
8.Keputihan yang serius.
9.Pendarahan di utrin.
10.Radang pada dinding rahim.
11.Fibroid.
12.Tidak ada nafsu seks.
13.Kesan sampingan ubat perancang atau mana-mana ubat panas atau jamu yang dimakan kerana tujuan tertentu sehingga merosakkan rahim atau menjejaskan tahap kesuburan wanita.
Namun begitu 40 peratus dari masalah kemandulan di negara ini berpunca daripada pihak lelaki atau suami.Kajian telah membuktikan bahawa puncanya adalah dari masalah air mani. Kemungkinan untuk isteri hamil adalah kurang jika air mani dari pihak suami kurang dan berkemungkinan juga tidak berkualiti.
Untuk pasangan yang berkahwin dalam lingkungan umur di bawah 30 tahun, anda perlu berjumpa pakar hanya setelah isteri tidak hamil dalam jangka masa setahun setengah.Manakala pasangan yang berkahwin 30 hingga 35 tahun, anda perlu berjumpa pakar setelah setahun isteri masih belum hamil.
Bagi mereka yang berkahwin lebih dari 35 tahun, setelah beberapa bulan berkahwin dan isteri masih belum hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar segera.
FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI
Antara punca lelaki kurang subur:
1.Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk.
2.Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini.
3.Memakai seluar ketat.
4.Berat badan yang berlebihan.
5.Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani.
6.Merokok melebihi 20 batang sehari.
7.Kerap mengambil alkohol atau arak
8.Selalu melakukan kerja-kerja berat.





Leave a Reply