Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Abang Kuat Sebab…

Posted on April 25, 2008
Filed Under kesihatan |



Pemakanan mempunyai kesan langsung ke atas sperma. Tabiat pemakanan
boleh mempengaruhi kesuburan lelaki. Ambil makanan yang seimbang,
pelbagai dan berkhasiat. Secara khususnya…

Vitamin C dan antioksidan.
Ia dapat melindungi
kecacatan sperma dan meningkatkan keaktifannya. Sasarkan 90 mg sehari -
lebih lagi (125 mg) jika anda merokok. Untuk panduan, secawan jus oren
segar mengandungi 124 mg vitamin C.

Cukup ZINC.
Kekurangan
zink boleh mengurangkan air mani dan kadar testosterone. Sumber terbaik
untuk 11 mg sehari antaranya adalah tiram, daging batang pinang, kacang
panggang.

Asid folik.
Kekurangan vitamin
B ini menyebabkan kekurangan bilangan sperma. Sumber: bijirin sarapan
segera yang diperkaya, sayuran hijau, kekacang dan jus oren.

Kalsium dan Vitamin D.
Mengambil
1,000 mg kalisum dan 400 IU (10 mikrogram) vitamin D menambahkan
kesuburan lelaki, berdasarkan kajian daripada University of Wisconsin,
Madison. Sumber: susu, ikan salmon, yogurt.

Kopi.
Kajian di Brazil menunjukkan kopi meningkatkan keaktifan sperma. Ambil secara sederhana, 2 cawan sehari.

Dadah, Rokok dan Alkohol
Jangan
minum minuman keras dan mengambil dadah kerana ia mengurangkan kadar
testeron dan bilangan sperma selain boleh mencacatkan sperma. Kurangkan
merokok, jika boleh berhenti terus kerana ia mengurangkan kualiti dan
kuantiti sperma.

Sumber:
Dads-to-be: Diet changes to boost your fertility, Babycenter.com
Folate ‘may keep the sperm health’, bbcnews
Coffee makes sperm speed up, newscientist.com

sumber : megasutra

Artikel berkaitan

Comments

One Response to “Abang Kuat Sebab…”

  1. Fairus Zainudin on December 27th, 2008 7:31 am

    minta pandangan tuan.suamisaya mengalami masalah kesuburan.masalah utama ialah Sperm count yang sedikit (7.9),dan kecacatan pada rupabentuk sperma (normal hanya 1% shj),serta sperma tidak aktif(pergerakan sperma antara 0-2shj).
    apakah ada perubatan terkini yang boleh membantu supaya dapat meningkatkan kualiti sperma suami saya,supaya saya boleh mengandung?
    Terimakasih atas keprihatinan pihak tuan

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.