Petua kahwin 3 untuk suami sahaja
Posted on April 30, 2008
Filed Under Keluarga |
Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah
kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang
(lelaki beriman OK la kut?) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki
tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi
siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.
Tapi entah macam mana,
saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi
dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri.Bahkan
dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu di hari bahagia
suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman
ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani
itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?
Setahun,
dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir
genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan
kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di
atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah,
senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun ! Kak Nani pun
montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak
Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang
apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya
saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk
berjumpa cik abang.
Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat
suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, ?Tak perlulah jumpa
suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was?. Saya
agak kesal kerana tidak yakin dan, Kak Nani dengan pantas mencelah,
?Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri
semua madu merasa apa yang akak rasa ??
?Biarlah betul-betuk
kak? kata saya . Jawab kak Nani, ?kakak mahu semua madu rasa apa yang
suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak terajang,
kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun
rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami,
kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga,
tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun
rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa
kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu
sesama kami?
Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum
simpulnya Kak Nani menyambung, ?dan sekarang akak boleh tidur lena,
makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak
lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli
gelang-gelang emas 916 ini?, sambil dia menggoyang-goyangkan lengan
yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu. Saya
batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak
dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan
bukannya jantan !!?





Leave a Reply