Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Wanita India lahir bayi miliki 2 muka

Posted on March 16, 2008
Filed Under isu semasa |




KUASA TUHAN: Bayi perempuan India ini mempunyai dua muka dan dua pasang mata.

NEW DELHI: Seorang wanita India melahirkan seorang bayi perempuan yang mempunyai dua muka dan dua pasang mata di sebuah perkampungan di daerah Gautam Buddha Nagar di Uttar Pradesh, kira-kira 50 kilometer ke timur New Dehli.

Media tempatan dan akhbar Britain, The Telegraph melaporkan semalam, bayi berusia empat hari itu anak pasangan suami isteri Vinod Singh dan isterinya, Sushma.

Malah kelahiran bayi berusia empat hari itu yang belum diberikan nama, berlaku dua tahun selepas India dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi, Lakshmi Tatma yang mempunyai dua pasang kaki dan tangan.

Mengikut doktor di Hospital Saifai, Dadri, bayi dan ibunya berada dalam keadaan sihat.

“Seorang pesakit wanita yang sakit hendak bersalin, dimasukkan ke hospital ini kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu.

“Beliau bersalin secara normal biarpun bayinya cacat kerana mempunyai dua muka dan dua pasang mata. Tetapi baik si ibu mahu pun bayi berada dalam keadaan sihat dan stabil,” kata Dr Aas Mohammad.Namun, bagi Vinod dan isterinya, apa yang lebih mereka utamakan sekarang adalah bagi mendapatkan bantuan kerajaan untuk merawat bayi mereka.


Seperti Lakshmi, kelahiran bayi bermuka dua itu dianggap masyarakat sekeliling perkampungan yang terletak di kawasan pedalaman berkenaan sebagai unik dan boleh membawa tuah. - Agensi

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.