Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Viagra tambah kekejaman Israel

Posted on February 17, 2008
Filed Under isu semasa |



Tentera rejim Yahudi guna pil kuat seks sebelum ceroboh, bunuh penduduk Palestin

SIAPA yang tidak tahu mengenai pil viagra. Pil penguat tenaga batin itu memang popular di seluruh dunia, khususnya bagi lelaki. Viagra bukan saja pil penguat yang terkenal, satu lagi adalah Cialis. Hanya pengeluarnya yang berbeza.

Menariknya, Israel minggu ini menyatakan bahawa pentadbiran tenteranya akan memberi pil Viagra kepada juruterbang pesawat juangnya untuk membolehkan mereka memberi prestasi lebih meyakinkan.

Laporan akhbar Britain, The Times, memetik penyelidik tentera Yahudi sebagai berkata bahan kimia dalam Viagra yang membantu aliran darah lebih baik bagi lelaki lemah tenaga batin sebenarnya dapat membantu juruterbang beroperasi pada ketinggian lebih tinggi.

Ini berdasarkan penemuan doktor Israel mengenai kesan pil penguat terhadap pendaki gunung Kilimanjaro di Tanzania, kata majalah rasmi tentera Yahudi, Bamahaneh (Di Markas Tentera). Kajian mendapati, tadalafil, bahan dalam pil Cialis, membantu pendaki gunung lewat berasa penat selain menyekat rasa kepeningan pada paras lebih tinggi.

Oleh itu, tentera Israel membuat kesimpulan bahawa juruterbangnya yang selalu berada pada ruang udara yang tinggi membabitkan penggunaan alat teknologi tinggi dalam suasana tekanan rendah, dapat bertugas lebih baik jika menggunakan ubat itu, kata The Times.

“Viagra dianggap berkesan dalam keadaan oksigen berkurangan yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan pil itu dapat menyekat kesan daripada suasana dalam badan. Penemuan tentera itu mewajarkan ujian diteruskan menggunakan ubat dalam suasana oksigen berkurangan,” kata seorang pegawai tentera udara Israel yang dipetik akhbar berkenaan.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.