Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Tanda-tanda suami anda curang

Posted on February 10, 2008
Filed Under isu semasa |



Kata orang tua-tua, cemburu itu tanda sayang. Sebenarnya bukan saja isteri yang cemburukan suaminya, suami juga cemburukan isteri. Orang Melayu (menurut kajian sarjana terdahulu) adalah bangsa yang mana suaminya kuat cemburu.

Mungkin zaman ini cemburu itu semakin bertambah, bila isteri bekerja, atau semakin berkurang kerana sudah faham keadaan. Bagaimana pun, artikel ini ialah berkaitan dengan kecurangan suami dan apakah rahsia itu dapat diketahui oleh isteri.

Tiada yang sanggup mengaku kalau diri bermain kayu tiga atau menduakan pasangan. Tak kira bagi pasangan suami isteri mahupun yang sedang bercinta. Perkara ini sebenarnya boleh diketahui tanpa perlu menunggu si dia mengaku sekiranya anda seorang yang prihatin.

Hanya dengan membaca sikap dan tingkah lakunya saja anda sepatutnya boleh mengagak si dia sedang menduakan anda. Di bawah adalah beberapa tanda yang boleh anda perhatikan:

Tiba-tiba jadi terlalu sibuk

Alasan yang paling klasik dan paling basi tapi masih sering diutarakan. Tidak jelas apa yang membuatkan pasangan anda sibuk tapi dia selalu mengelak untuk diajak bertemu. Kalau anda meminta untuk ikut sekali dalam aktivitinya dia menuduh anda tidak percayakan dirinya.

Apabila anda memprotes pada pasangan anda bahawa dia jarang meluangkan masa dengan anda, dia akan memarahi anda kembali dan mungkin menjadi sangat defensif. Jika si dia sudah menunjukkan tanda-tanda ini jangan terus menyerang dan mendakwanya melulu bahawa dia telah menduakan anda.

Sebaliknya jangan ambil peduli dengan kegiatannya. Sambil itu, cuba selidik apa
kegiatannya selama ini. Jika sudah mempunyai bukti konkrit, dia pasti tidak dapat mengelak lagi. Dia akan berasa bersalah dan ketika itu anda buatlah keputusan yang
terbaik untuk diri sendiri.

Berubah menjadi terlalu setia dan romantik

Siapa yang tidak gembira kalau diajak makan malam setiap hari di restoran mahal, diberi pujian yang melambung-lambung dan kata-kata yang romantik? Tapi awas jangan terpedaya dengan perubahan sikap sebegini. Mungkin apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata anda.

Dia mengetahui apa yang anda mahu. Dia jua tahu apa yang membuatkan hati kita senang dan memanfaatkan semua untuk kepentingan dirinya sendiri. Selalunya kalau ditanya apa yang membuatkan dirinya begitu berubah, tiada alasan yang jelas dan tidak memberi jawapan yang cukup menyenangkan hati anda. Untuk mendapat kepastian darinya, sekali sekala tolak ajakan dan pemberiannya. Jika dia marah, berikan alasan yang logik dan biarkan dia kebingungan. Sementara itu cari maklumat tentang kegiatannya di belakang kita.

Terlalu banyak berahsia

Waktu sedang bersama dengan anda, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Dengan segera dia menjauhkan diri dari anda dan bercakap seperti berbisik. Bila ditanya dengan siapa dia bercakap, jawapannya tidak jelas. Dan kalau kita meminta mahu memeriksa telefonnya, dia akan marah dan menuduh kita tidak mempercayainya.

Kita tidak perlu terus menuduhnya yang bukan-bukan. Lebih baik bersikap sewajarnya. Sekiranya kita memperlihatkan kemarahan, pasangan anda pasti punya cara lain untuk menutupi rahsianya. Cubalah anda bersikap tidak ambil tahu sikapnya dan dalam diam-diam korek rahsianya.

Manfaatkan perasaannya ketika dia merasakan sudah dapat membodohkan diri anda. Percaya sahaja dengan kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh juga. Biar masa saja yang menentukannya. Kalau anda sabar, rahsia pasti akan terbongkar juga.

Berubah penampilan dan pendapat

Jatuh cinta boleh menyebabkan kita boleh melakukan apa saja dan kadang-kadang terhadap perkara yang tidak masuk akal. Jatuh cinta juga boleh menyebabkan tingkah laku berubah termasuklah penampilan, gaya hidup dan pendapat. Mungkin dia jatuh cinta pada anak orang kaya, jadi penampilan dia agak jauh berubah supaya lebih serasi.

Ataupun dengan orang yang lebih muda, pemakaiannya agak keremajaan. Hati-hati kalau pasangan berubah begitu drastik, apalagi kalau dia tidak punya alasan yang kuat untuk berubah. Biarkan dia buat begitu semahunya dan tunggu hingga berapa lama dia boleh bertahan. Kalau perubahan itu memang bukan dalam dirinya, dia tak perlu lama untuk berubah kembali menjadi dirinya yang dulu.

Artikel berkaitan

Comments

15 Responses to “Tanda-tanda suami anda curang”

  1. amoi on February 28th, 2008 3:59 am

    aku x pasti sama ada tunang aku curang atau x, tapi naluri aku kuat mengatakan die curang.aku da lama ngan die, da msk 8 thn da tapi sejak die abis rekrut kat srwk, die jadi lain sgt, aku kdg2 mcm x kenal die,die x hiraukan aku sgt, jarang bercakap n jarang nak luangkan masa ngan aku,mmg ktorg dok jauh n jarang jumpa. dlm 2 bln skali jek ktorg jumpa tapi mase jumpa tu die mcm nak x nak jek.x mcm dulu,beria jek, aku pun x tau nape die mcm tu , skali skala balik jumpa die, die mcm x nak kuar ngan aku, kene paksa bru die nak kuar,padahal ktorg bkn selalu jumpa yang die liat sgt nak kuar ngan aku.
    padahal ktorg da tunang da. aku tanya die ckp ade awek lain ke die ckp xde, yela sape nak ngaku kan. tapi aku rasa die ada perempuan lain kat blkg aku, byk sgt benda yang die sembunyikan dari aku, n banyak sgt perubahan yang die tunjukkan kat aku walaupun die x sedar benda yang die wat meragukan aku.telefon pun die x kasi aku pegang, penah skali aku check hpon die, semua msj xde, xkan die buang semua mesej klu xde ape2 nak selindung kan, paling kurang pun mesti ade 1 msj ttinggal.entah la, ktorg da nak kawin tapi aku rasa makin jauh ngan die. tolong bro, mcm mane ni???

  2. entala on August 17th, 2008 6:16 am

    Adik,
    Tinggalkan dia adik cari lain. Kalau dah ke Serawak ni memang sush. Akak dah mengalami nya . Jangan seksa diri. Cari lain. Akak dah mengalami.

  3. IBU on September 26th, 2008 9:40 am

    SUAMI CURANG TAKNAK CERAIKAN ISTERI…APA YG BOLEH DIBUAT???

  4. IBU on September 26th, 2008 9:42 am

    TAKNAK BALIK, TAKNAK JUMPA, TAKNAK BERBINCANG…..GANTUNG TAK BERTALI

  5. mustiqa on February 15th, 2009 8:06 am

    Apabila saya baca tanda2 Suami curang,macam ade apa yg saya rasa kan…Lagi lagi saya berjauhan dengan suami.Bila setiap kali saya telefon or de telefon,mulut saya terkunci,untuk menanyakan ape yg saya rasakan.Saya pulak asik mimpi,yg suami saya ada orang lain?Apa yg sepatutnya saya buat..Tolong la saya.Saya sekarang dalam kebingunggan…

  6. bulan on May 15th, 2009 4:45 am

    saya rasa tertekan sangat beberapa hari ini,saya dapat rasakan suami sedang menduakan saya.beberapa hari yg lepas saya bergaduh besar dengan suami sampai suami berani angkat tangan terhadap saya,sebab suami ada sembunyikan hp lain dalam kocek seluarnya,saya mendapat tahu bila tersentuh sesuatu dlm kocek nya.bila saya tanya suami terus pergi bilik air dan sembunyikan,lepas tu saya tanya mna sudah benda tu,suami jawap tak boleh lihat,suami cakap rahsia
    tolonglah saya rasa tertekan sangat,tolonglah berikan saya cara mengatasi masalah ini

  7. SITI on September 28th, 2009 7:09 am

    Suami saya pernah curang dahulu, tapi sekarang dia kata dia dah taubat dan menyesal atas perbuatannya. Dia kata dia amat menyintai saya. Saya sayangkan dia, tapi saya dah kurang kepercayaan terhadap dia. Bolehkah dia curang lagi?

  8. suria on October 5th, 2009 7:33 am

    suami aku curang dgn aku masa bulan pose baru ni tp tuhan maha adil aku dapat kesan awal perubahan tapi suami aku pandai berlakon,sampai sekarang aku tak boleh percayakan dia lagi..mmg dh keje dia asik outstation,skrg kemana dia pegi aku ikur skali,hp plak aku selalu cek..tapi kalo dia ada email or call kat public phone itu yg aku xtau..nmpk baik dpn mata tapi..tuhan saja yang tahu..

  9. see on November 23rd, 2009 1:02 pm

    suami aku tak curang, tapi dah pandai menipu, ini yang ketiga kali. terbaru, jumpa kawan perempuan tapi tak mengaku.sanggup menipu aku. tapi tuhan maha adil. adakah menipu membawa kepada kecurangan?/?

  10. wawa on December 27th, 2009 10:16 am

    sy kawin mude.umur sebaya dgn suami.20thun.kami dikurniakan anak lelaki.tp yg menjadi masalahnye skrg,sy tggl bjauhan dr suami & anak krn sy msih bljr.suami tggl bsma ibunya,anak tggl bsma ibu sy.mslhnye skrg,suami sy mcm x leh trme hakikat bhw dea dh bkwin & mpunyai ank.dea msh klua lewat mlm bsme kwn2.sy hnye pulg hjung mggu sj.wktu itu la baru sy dpt bjmpe suami & anak.tp suami sy jarang lekat kt rumh.ade 1 mase tu 2hari berturut2 dea klua & blk pkul 7am.lg 1 masalah suami sy ni dea teramat suke menipu.dari zaman bercinte smpai la skrg.dea penah 2x curang dgn sy.walaupun sy dh memaafkn dea tp susah utk sy pcyekan dea.tmbah plak dea suke klua lewat mlm.bgaul dgn kwn2 yg msih bujang& msh m’anggap dirinye bujang.sy teramat tertekan dgn keadaan skrg.usia perkahwinan baru setahun jagung.tp dh mcm mslh melanda.

  11. liza on December 31st, 2009 2:54 pm

    Kes terbaru suami curang dgn kawan sendiri. Dulu dia isteri org, selalu mintak tolong then at last hubungan jd lain. Skrg da bercerai dgn suami nyer. Dia ckp suami sy baik tapi bile sy tanya dia & suami, masing2 tak ngaku ada affair. Tak sangka kwn makan kwn. Mungkin kerana ada pangkat, ada duit suami selesa dgn dia. Sy da bg yg terbaik, lagi dia ckp 1st class service tp still nak cari lain. Skrg bile gado pandai x balik rmh. Kabarnya da kerap bertandang kermh pompuan tu. Sy trace dia simpan no hp pompuan tu tp guna nama lelaki. Bagi la sy pendapat. Sy rasa mcm nak pi je rmh pompuan tu, tnya baik2 dgn dia. Atau pun sy just ignore tunggu sampai bile mereka boleh bertahan. Klu suami pilih dia then sy redha utk berpisah.

  12. is on January 22nd, 2010 1:41 pm

    sy dah berkahwin setahun lebih, suami saya keja TUDM Subang..thn lepas kitorg mmg jrg jumpa…..sebulan or 2 bulan sekali….masa tu sy di seremban n suami di kuching…bulan nov n dec mmg xjumpa lgsg, bila tanya dia bila nak turun sini, dia jwb bz…ok fine….
    then, kitorg first jumpa thn ni baru2 ni, sy ada terbaca dlm inbox dia ada girl sms,,,siap cakap main usap2 pale lagi time tido, n ucapan syg tu mmg xpayah cakap la…berlambak…then sy kol pompuan tu, pompuan tu cakap dia pun xtau yg laki sy ni dah kawen..laki sy ckp dia br jer tunang…hampehh punya laki..then, laki sy penah belikan dia tiket kapalterbang balik ke sabah.pompuan tu org sabah..@ dat time laki sy kuching..xtau la pulak diorg pnah dating ker x..bila sy tanya laki sy, dia wat alasan mcm2 sampai la terkeluar alasan yang dia x de perasaan sayang dah kat saya….rungsing sgt bila fikir pasal ni..suami suruh sy lupakan semua n bina hidup bar..tp dia lgsg x minta maaf..tu yg wat geram..nak wat keje skg ni pun xde mood sbb asyik pk bende tu…dah kali ke5 dia wat benda ni sepanjang kami berkenalan…just to share my problems with those yg experienced before..cheers!!

  13. ima on February 3rd, 2010 12:25 pm

    salam, sekarang nie saya sedang mengandung anak pertama, saya baru berkahwin bln 11 2008, yang meenjadi kemuskilan sejak suami dah pandai bermain facebook n yahoo massenger,tido pun lewat sebab nah chat ngan pompuan, bukaan setakat itu je saya dapat tangkap sampai bersms, itu yang saya terkilan sangat. kenapalah lelaki nie tak pernah puas

  14. farini on February 4th, 2010 5:17 pm

    hye,suami sy pon pernah curang be4 kawen mean selepas kami 2nang.kami 2nang x lama 3bln je.saya dpt tau pon sebulan lepas kawen i2 pon saya paksa suami u tros-trang.alhmdllh tuhan 2 maha adil,dia bukakan hati suami sy u b’tros-trang.lps suami b’tros-trang 2,masyaAllah tuhan je yg tau.suami mengaku dh terlanjur beberapa kali dgn pompuan 2.hancur hati saya masa2.saya x tau nk buat apa,nk minta cerai saya masih syg kn suami sy,yelah masa2 kami br je kawen.tp,pedih sgt hati ni nk trima smua 2 n smpai sekarang sy mash xdpt trima apa yg suami sy penah buat dl.skang p’kahwinan kami dekat 2thn n smpai skang juga sy masih blom lupa apa yg t’jadi.sy benci sgt pada pompuan 2 coz pompuan 2 saya knl sgt.skang pompuan 2 pon dh kawen tp,skang apa y ada dlm hati sy,sy nekad akan hancurkn ht pompuan 2 plak coz masa suami sy ada affair ngan pompuan 2,pompuan 2 srh suami sy cerai kn sy n kawen ngan dia.tp,alhmdllh suami masih waras n pilih sy.tp,2 lh smpai skang sy xleh trima yg suami sy dh b’setubuh ngan pompuan lain be4 ngan sy.padahal masa 2 kami dh 2nang.selama ngan sy kami x penah wat perkara t’kutuk 2,sy jaga maruah sy n dia pon alhmdllh x amik kesempatan pd sy tp,kenapa dgn pompuan lain dia jadi mcm 2?sy knl suami sy n be4 ngan pompuan 2 mmg suami sy bkn kaki pompuan.sy mmg tau pompuan 2 pasal sex dia mmg open n rmai dh kwn2 sy tdo ngan dia tp,yg sy x sangka suami sy pon terbabit..tolong lh bg idea cam maner sy nk lupakn apa yg terjadi…

  15. farini on February 4th, 2010 5:23 pm

    TO SEE: menipu 2 salah 1 faktor suami berlaku curang.. baik u siasat.. i hanya berkongsi pendapat coz i dh ada pengalaman.

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.