Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Ratu Venezuela dinobat Miss Universe 2008

Posted on July 15, 2008
Filed Under isu semasa |



Dayana Mendoza melambai ke
arah penonton selepas dimahkotakan sebagai Miss Universe 2008 pada
pertandingan akhir kali ke-57 di pusat peranginan Nha Trang, Vietnam,
semalam.



NHA TRANG, Vietnam 14 Julai - Ratu Cantik Venezuela, Dayana Mendoza,
22, dinobatkan sebagai Miss Universe 2008 apabila berjaya mengetepikan
empat peserta lain pada peringkat akhir pertandingan ratu cantik
berprestij tersebut di sini, hari ini.

Mendoza yang menjadi peserta pilihan di kalangan pemerhati dan
pelayar Internet pertandingan itu, diiktiraf sebagai pemenang selepas
memuaskan hati para juru ketika menjawab soalan mengenai perbezaan
antara lelaki dan wanita.

Beliau yang mengenakan gaun malam berwarna kuning itu tidak dapat menahan air mata selepas pengacara majlis yang juga hos talkshow terkemuka Amerika Syarikat (AS), Jerry Springer mengumumkan namanya sebagai pemenang.

Gadis manis itu berjaya mengenepikan saingan peserta Colombia,
Taliana Targas; Republik Dominica, Marianne Cruz Gonzales; Rusia, Vera
Krasova dan Mexico, Elisa Najera pada peringkat akhir tersebut.

Mendoza turut memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk wang tunai,
kontrak setahun untuk mempromosikan Miss Universe, pakej pelancongan ke
seluruh dunia, sebuah apartmen mewah di New York selain pakaian dan
kosmetik berjenama terkenal.

Bagaimanapun, pertandingan tersebut dikejutkan dengan insiden
melibatkan peserta Amerika Syarikat (AS), Crystle Stewart yang terjatuh
sewaktu menggayakan gaun malam.

Pada tahun lalu sewaktu pertandingan di Mexico, Ratu AS ketika itu,
Rachel Smith turut tergelincir dan jatuh terduduk, juga sewaktu
menggayakan gaun malam.

Venezuela sememangnya terkenal dengan pertandingan ratu cantik yang
diadakan termasuk di peringkat kampung, sekolah malah di penjara.

Peserta dari negara itu sebelum ini pernah merangkul empat gelaran Miss Universe dan lima gelaran Miss World.

Vietnam menjadi negara komunis pertama di dunia yang menjadi tuan rumah acara yang ditonton oleh ratusan juta penonton.

“Keadaan di Vietnam juga seperti di Venezuela. Tetapi tidak kira apa
yang berlaku, anda tetap mempunyai alasan untuk memberikan senyuman
kerana kita berkongsi bagi menjadikan negara kita hebat. Saya suka
Vietnam,” katanya.

sumber : utusan melayu

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.