Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Penyelewengan seks

Posted on March 10, 2008
Filed Under isu semasa |



Berikut adalah huraian ringkas beberapa amalan yang masuk ke dalam kategori penyelewengan seks atau seks menyimpang.

Onani
Onani atau mastubasi, sama ada menggunakan tangan, atau sebagainya di kalangan lelaki, atau geselan dengan bantal, kain, paha atau menggesel biji keladi (klitoris) di kalangan remaja perempuan boleh menjejaskan kesihatan fisikal dan mental. Ini mungkin titik mula rosaknya mental pelaku hingga melarat dan melakukan pula penyelewengan seks yang lain sebagaimana di senaraikan selepas ini.

Homeoseks
Seks di kalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur (meliwat). Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mungkin mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur. Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV

Lesbian
Hubungan seks perempuan dengan perempuan. Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beralih melakukan *****buan-*****buan dikalangan sesama mereka. Seorang bertindak sebagai lelaki dan seorang lagi bertindak sebagai perempuan.

Scoptophilia
Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetubuh. Sebahagian dari manusia jenis ini parah sakit jiwanya hingga suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubuhi oleh orang lain.

Voyeirisme
Orang yang suka mengendap perempuan mandi telanjang atau mengendap suami-isteri bersetubuh. Orang ini biasanya akan melakukan onani sambil mengendap.

Pedophilia
Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa.

Bestiality
Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itek, lembu, kuda, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular.

Fetishisme
Lelaki yang suka menyimpan dan mengumnpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya.

Nymphomaniac
Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan zina dengan banyak lelaki.

Satyriasis
Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan zina dengan banyak perempuan.

Necrophilia
Orang yang merogol mayat.

Incest
Melakukan seks dengan keluarga terdekat atau muhrim seperti ibu dengan anak, adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak.

Zoophilia
Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks.

Molester
Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggung atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan.

Troillisme
Lelaki yang suka melihat isterinya disetubuhi oleh orang lain

Wifeswapping
Orang yang suka menggangu isteri dan suka berzina dengan isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk berzina.

Exhibitionisme
Orang yang suka melihat perempuan berjalan khususnya bahagian punggung sehingga menimbulkan keghairahan. Orang yang suka mendedahkan auratnya atau kemaluannya juga termasuk ke dalam kategori ini.

Sebenarnya sesiapa yang melakukan penyelewengan seks patutlah bertaubat dan berhenti dari perbuatan terkutuk itu. Dan jika berkahwin secara sah dengan pasangan yang sah pun, amalan seks yang menyimpang atau menyeleweng ini tidak boleh dilakukan oleh suami ke atas isterinya atau sebaliknya.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.