Muar diserang gergasi
Posted on July 27, 2007
Filed Under isu semasa |
Berpusu-pusu dan berduyun-duyun manusia bergegas ke bandar Muar untuk melihat gergasi yang tiba-tiba muncul di tebing sungai Muar pada 26 hb Julai semalam.Kemunculan gergasi itu dapat dijejak di Tanjung Agas.Jalan raya menuju Tanjung Agas hampir lumpuh kerana dibanjiri manusia daripada pagi hingga ke 12.30 malam.Keadaan ini sungguh luar biasa.Kebiasaan gergasi muncul manusia akan bertemperian lari tetapi kali ini manusia pula berpusu-pusu untuk melihat kehebatan gergasi itu.
Sebenarnya gergasi yang dimaksudkan ialah pembukaan pasaraya besar Giant yang baru dibuka semalam di tebing sungai Muar di Tanjong Agas.Pembukaan ini telah menarik minat ramai orang untuk membeli kerana tawaran gila-gila oleh sang gergasi ini dengan harga 10 sen.Berdasarkan katalog yang diedarkan seperti dibawah:

Saya berkesempatan membuat tinjauan bersama-sama katalog promosi yang diberikan.Dari rumah saya sudah membuat catatan untuk membeli MILO. Sampai dipasar raya tersebut apa yang dituliskan didalam katalog adalah tidak sama dengan tanda harga yang dipaparkan.Harga lebih mahal daripada yang dinyatakan daripada yang dipaparkan dikatalog.Arghhh saya sudah ditipu hidup-hidup oleh sang gergasi.Saya beli juga untuk mendapatkan resit sebagai bukti dan katalog promosi itu saya masih simpan untuk buat bukti.Kerajaan seharusnya memantau tawaran murah yang dibuat oleh mana-mana pasaraya supaya pengguna tidak tertipu.
Moralnya pasaraya besar tidak semesti murah.
Artikel berkaitan
Comments
One Response to “Muar diserang gergasi”
Leave a Reply





Indah kabar dari dari sebenar… Giant memang mahal