Kuasa dan daya tarik
Posted on April 10, 2007
Filed Under isu semasa |
Salam, Tahukah anda manusia ini mempunyai kuasa dan daya tarik yang tersendiri.Selalunya apabila kita berjumpa dengan seseorang yang baru kita kenali.Kita sungguh suka kepada orang tersebut walaupun belum mengenalinya.Tetapi sebaliknya adakala kita apabila berjumpa seseorang itu pertama kali kita sudah menyampah melihatnya walaupun kita belum bercakapnya dengannya.Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku.Mudah sahaja kalau dalam bahasa moden,ini disebabkan aura kita tidak kuat dan berseri-seri.Apakah yang menyebabkan aura kita kurang menarik.Salah satu faktornya kita mengalami tekanan dan beban kerja.Ini menjadi aura menjadi busuk.Hati kita tidak ikhlas dan sentiasa berprasangka buruk terhadap orang.Kita kurang berlapang dada dan kurang menyampaikan senyuman.
Dan yang paling penting sekali ialah kita penuh dengan perasaan hasad dengki.Perkara-perkara ini telah menyebabkan kita mempunyai aura dan daya tarik yang tidak baik dan menarik.Mengikut Islam,ketenangan boleh dicapai apabila kita mengerjakan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah S.W.T. Berapa daripada anda rajin berzikir dan menunai solat.Mari kita muhasabah diri kita.Berapakah ramai yang sanggup pergi solat berjemaah.Kerana mengikut kajian sains solat berjemaah boleh membuang cas negatif dan aura yang buruk yang berada didalam tubuh fizikal kita.Apabila seseorang itu bersentuhan anggota dengan ahli jemaah yang lain.
Trend masyarakat ini lebih terpengaruh dengan unsur kehinduan seperti Yoga,Meditasi dan terbaru adalah Reiki yang berunsur ajaran Buddha. Sedangkan Islam telah menyediakan jalan yang cukup mudah.Berzikir nescaya hati akan menjadi tenang.Oleh itu dalam dunia yang serba mencabar ini marilah kita susun barisan dan rapat saf dan kembali kepada sunatullah.Nescaya kita akan beroleh kejayaan.
Artikel berkaitan
Comments
One Response to “Kuasa dan daya tarik”
Leave a Reply





betul tu. Solat, zikir dan baca Quran pun amatlah menenangkan. Terdapat banyak rahsia solat. Contohnya sujud akan mengalirkan darah ke otak (oksigen).