Mamat ni dah le perut boroi,muka serabai tapi awek cun mcm artis...apa rahsianya..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Ibu Sufiah sentiasa cari anak

Posted on April 6, 2008
Filed Under isu semasa |



Sentiasa cari anak


LONDON: Halimaton Yusof, ibu pelajar pintar, Sufiah Yusof,
tertanya-tanya sama ada usaha beliau dan suami melihat anak mereka
berjaya, menjadi punca hidup anak keempatnya musnah.

Selepas
beberapa tahun tertanya-tanya nasib Sufiah, 23, yang hilang, beliau
memperoleh berita mengenai perkembangan terbarunya apabila akhbar News
of the World menyiarkan berita anaknya melacur untuk membiaya
pembelajarannya di Universiti Oxford.

Halimaton, 51, dalam
temubual dengan Daily Mail mengaku sentiasa mencari anaknya dan
sentiasa tertanya-tanya sama ada mampu melindungi Sufiah daripada cara
didikan keras suaminya, Farooq Yusof.

“Sepanjang kehilangan
Sufi, saya tak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak. Seluruh tubuh
saya menggeletar apabila dimaklumkan mengenai laporan akhbar itu. Ibu
mana yang menjangkanya dan sebahagian daripada diri saya berasa,
cita-cita kami mendesaknya untuk berjaya menjadi punca masalah ini.


“Saya tak tahu apa yang bermain di fikirannya, tapi saya tak mahu
menghukumnya dan kami sekeluarga sentiasa menantinya dengan tangan
terbuka. Saya bersedia menerimanya pada bila-bila masa.

“Kami mengharungi pelbagai masalah, tapi saya percaya satu hari
nanti kami akan bersama kembali sebagai satu keluarga,” katanya yang
menuntut cerai daripada suaminya, Farooq yang mengaku bersalah mencabul
dua remaja berusia 15 tahun.

Hingga kini, cubaannya untuk menghubungi Sufiah di nombor telefon bimbit yang dimilikinya gagal.

“Saya tak lihat gambar yang disiar di akhbar dan saya tak mahu
melihatnya. Anak lelaki saya menyatakan, lebih baik saya tidak
melihatnya. Hakikatnya, saya ingin mengingati Sufiah seperti yang saya
ingati sebelum ini.

“Saya tak tahu apa yang dia lakukan pada
masa ini, sama ada ia untuk membuatkan ayahnya marah atau kerana
kesempitan hidup. Saya harap dapat menyelami fikirannya, tapi tidak
mampu berbuat demikian kerana Sufiah sebelum ini meminta saya supaya
tidak memikirkannya.

“Saya minta pandangan peguam bagaimana
saya dapat membantunya, tapi kami tak memiliki hak kerana dia sudah
dewasa. Saya hanya mampu berdoa Sufiah kembali ke pangkal jalan,”
katanya.

Apapun, Halimaton enggan menyalahkan suaminya.

“Tak guna saya menuding jari, tapi saya harap Farooq mahupun Sufi
menilai semula keadaan mereka dan menyelesaikan masalah ini. Saya tahu
Sufi gadis baik dan saya harap dia kembali kepada dirinya yang
sebenar,” katanya.

Halimaton bernasib baik kerana hubungannya
dengan empat lagi anaknya, Abraham, 26, Iskander, 21, Aisha, 25, dan
Zuleika, 14, sangat rapat. Beliau menetap di rumah mereka di Coventry
bersama Abraham, Iskander dan Zuleika, manakala Aisha menetap bersama
suaminya di kawasan kediaman berhampiran dan sentiasa melawatnya.

Keempat-empat anaknya dikelaskan sebagai pelajar pintar. Iskander
mendaftar di Universiti Warwick pada usia 12 tahun manakala Aisha pula
15 tahun, tapi Sufiah dianggap paling bijak.

Namun, dalam e-mel
terakhirnya, Sufiah menyatakan bapanya adalah punca masalahnya.
Iskander, pakar komputer, sedikit-sebanyak setuju dengan pandangan
adiknya tapi pada masa sama menyatakan, bapanya bukan ganas.

“Bapa seolah-olah memiliki sesuatu untuk dibuktikan dan kami adalah
cara dia membalas ketidakadilan dunia. Sikapnya berubah dalam sekelip
mata, ada kalanya dia tenang tapi kemudian berubah menjadi garang dan
memarahi kami. Atas sebab itu kami sentiasa ketakutan,” katanya.

Akibat tekanan, Sufiah akhirnya tidak pulang ke rumah selepas
peperiksaan ketiganya di Oxford pada 22 Jun 2000, sebaliknya menaiki
kereta api ke Bournemouth dan bekerja sebagai pelayan.

Polis menemuinya tiga minggu kemudian dan Sufiah meminta beliau dihantar ke rumah kebajikan.

“Saya kecewa dan tidak faham kenapa Sufi perlu lari. Dia tak pernah
merungut, sebaliknya lebih banyak berdiam diri. Pada masa itu saya
sedar, Sufi memendam perasaan. Apapun, saya turuti kemahuannya kerana
paling penting untuk saya ialah dia selamat.

“Namun mungkin itu
kesilapan saya kerana jika saya lebih tegas dan tidak menuruti
kemahuannya, keadaan mungkin tidak menjadi seperti sekarang,” katanya.

Selain sikap Sufiah, Halimaton terkejut dengan hukuman penjara yang dikenakan terhadap suaminya.

“Saya pada mulanya tak percaya dengan tuduhan itu, tapi apabila beliau mengaku, saya terpaksa menerimanya.”

Perkembangan itu sekurang-kurangnya memberi harapan baru, tanpa Farooq yang dibencinya, Sufiah mungkin pulang.

sumber: harian metro

Artikel berkaitan

Comments

One Response to “Ibu Sufiah sentiasa cari anak”

  1. Linda on April 7th, 2008 12:29 pm

    Sufiah tidak melacur untuk membiayai pembelajarannya di OXFORD. Banyak kesalah fakta di dalam artikel ini.

    Harap anda dapat betulkan…

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.