Ingin menjadi lelaki digilai wanita walaupun perut boroi..klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Guru rogol murid,cabul,denda,rotan dan sebagainya

Posted on July 30, 2007
Filed Under isu semasa |



Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang situasi sekarang ini yang menjadi isu yang sering diperkatakan media massa terutamanya tentang media cetak dan media elektronik.Saban hari kita mendengar ada sahaja cerita buruk yang digambar tentang golongan ini. Tahukah anda guru memainkan peranan yang besar membangunkan modal insan yang gemilang.Guru pada masa dahulu dihormati dan disanjung kerana ilmu.Seharusnya media massa harus lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan dan bukan sahaja melaporkan perkara negatif tentang guru.Berapa ramaikah media yang melaporkan perkara yang positif tentang perjuangan,ketabahan dan kegigihan guru mendidik anak bangsa. Saya rasa guru juga manusia, tidak usah melaporkan benda yang negatif sahaja tentnang mereka.Seorang duit membawa lumpur dan seorang dua punya onar akan membawa implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan.

Lihat sahaja displin murid-murid pada zaman sekarang ini,lepak,bohjan,bohsia,rempit,merokok,pergaulan bebas ini semua berpunca daripada kurang perhatian dan didikan agama daripada ibubapa.Ibubapa seharusnya sedar peranan dan tanggungjawab mereka.Jangan cuba lepas tangan.Merekalah yang mencorak akhlak dan sahsiah anak mereka.

Apa akan jadi suatu hari nanti, sekolah bukan lagi tempat selamat untuk murid dan guru-guru.Guru-guru hanya mengajar dan tidak lagi mendidik,mereka tidak lagi kisah tentang displin pelajar disebabkan undang-undang di sekolah yang tidak mesra dididkan.Guru trauma dan takut untuk menghukum pelajar yang bermasalah.Akan wujud budaya lantak dan tidak ambil kisah lagi.Mereka takut untuk menghukum.Apakah negara ini pada masa pada masa akan datang jadi seperti negara Barat. Murid-murid membunuh di sekolah.

Seharusnya ibubapa,guru-guru dan masyarakat berkerjasama mengembleng tenaga untuk membina akhlak anak-anak mereka.Pendidikan akhlak dan kemanusiaan adalah penting.Apa gunanya kita kaya dengan pelajar yang genius daripada segi inteleknya tetapi kurang ajar daripada segi rohaninya.

Menuding jari sahaja tidak membawa penyelesaian,yang penting adalah tindakan.Marilah bersama-sama kita sebagai ahli masyarkat membantu melahirkan generasi bukan sahaja berilmu tetapi mempunyai pekerti mulia.

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.