Gerik di landa KFC
Posted on September 3, 2006
Filed Under isu semasa |

Salam,
Pada cuti sekolah yang lalu saya sempat bercuti bersama keluarga.Kali ini saya telah merancang untuk pergi ke Pantai Timur dan pusing ke ke Pantai Barat.Dari Muar saya bertolak ke Segamat dan seterusnya ke Kuantan dan menginap di Cherating.Saya tidur di Cherating selama satu hari dan menghirup kesegaran udara di pantai. Seterusnya saya bertolak ke Terengganu.Disana saya singgah dan menginap di Buai Beach Resort.Sungguh unik resort ini kerana dalam hutan kayu bakau berhampiran sungai dan menghadap laut cina selatan.Macam duduk kat Bali pulak suasananya.
Satu hari di terengganu dan meronda-ronda bandar Kuala Terengganu dan singgah di Pasar Payang.Sempat juga le wife saya menambah koleksi peribadinya.Bagi saya pula saya tak suka sangat membeli-belah.Seterusnya ke Kota Bahru dan akhir saya menggunakan laluan timur-barat dan menuju ke tasik banding atau Pulau Banding.Sepanjang perjalanan pemandangan sungguh indah disulami dengan banjaran titiwangsa.Jalan ini dahulu penuh dengan tragedi hitam semasa zaman komunis dahulu.Sekarang ini dah tiada lagi.Singgah di banding resort dan berehat.Perjalanan di teruskan lagi dan sampai di Bukit Bunga di Jeli dan sempat membeli buah tangan.
Perjalanan diteruskan lagi dan akhir sampai di Gerik.Wah! maju sungguh Gerik sekarang dan pesat membangun.Daerah ini adalah daerah yang termaju di Hulu Perak. Tiba-tiba saya dikejutkan dengan suasana kesesakan, pada fikiran saya mungkin ada ”pekan sehari” atau apa-apa majlis.Sangkaan saya silap, rupa-rupanya orang disana sedang menyerbu sebuah kedai yang baru dibuka “KFC”. Fenomena ini sungguh luar biasa.Teringat semasa pembukaan McD di China.Suasana hampir serupa tapi kali ini berlaku di Gerik.
Saya bertanya orang disekitar itu.Mereka tersenyum simpul, KFC bukan kali pertama di buka dibandar Gerik tetapi dahulunya gulung tikar kerana kurang sambutan dan kini dibuka kembali.Rupanya penduduk Gerik balas dendam sebab KFC yang terdekat tak silap mungkin di Kuala Kangsar.Kalau KFC boleh terkenal sebegitu rupaya bagaimana perniagaan kita? Bolehkah kita mencipta satu brand atau jenama yang digilai ramai? Apakah pendapat anda semua?
Artikel berkaitan
Comments
7 Responses to “Gerik di landa KFC”
Leave a Reply





peh.. seronok gila pusing satu malaysia.
untuk wujudkan jenama dan jadi terkenal mcm KFC, mmg bukan mudah.. tapi tak mustahil..
yang penting…
SISTEM
insyallah jika ada kemahuan disitu ada jalan
ya… kalau diikutkan sejarah kfc memang panjang dan berliku.
Walaupun KFC sudah terkenal di peringkat antarabangsa, tetapi semasa mula-mula ia diperkenalkan di Singapura dan Malaysia, sungguh-sungguh berliku. Kalau tak silap saya (kalau tak silap ya) orang yang mula² memperkenalkan KFC di Malaysia dan Singapura terpaksa melepaskannya kepada orang lain kerana tidak cukup modal untuk membiayai kos pemasaran dan kos untuk memperkenalkan konsep makanan segera. Maklumlah, benda baru.. orang ramai masih tahu sangat. Jadi “awareness” tu kenalah lebih. [kalau company yang saya maksudkan bukan KFC, maknanya company lain ler].
Salamzz
bestnya leh travel. Tapi kalo 2-2 leh drive lagi ok..tak penat sangat.
bagi saya mungkin tak de masalah.wife saya memang suka drive.jadi kalau letih boleh tukar2
Teringat masa kat Bintulu.. Setiap kali ada fast food baru pasti berebut orang pegi… penuh sesak.. lepas sebulan.. dah jadik biasa..
Apapun.. nk bina reputasi brand memang susah.. tapi usaha gigih dan ilmu.. Insya Allah..
KFC umpama kehidupan kita juga…. tanpa KFC agak nya apa lah nasib orang di kota? hehehehe
Tapi ada orang baikot KFC macamana?