Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Dr Denison: Kadar kemiskinan M’sia 30%

Posted on June 17, 2008
Filed Under isu semasa |



Dr Denison: Kadar kemiskinan M’sia 30%
Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 17, 08 5:02pm
Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya
5.7 peratus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan, kata Presiden
Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria.

Beliau
yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, ini kerana
kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis
Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat.

denison jayasooriaKatanya,
kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas
seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambilkira
taraf hidup isi rumah.

Dr Denison berkata, kalau semua itu
diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus
berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup.

“Pada
pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin
dinegara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan
bukannya hanya 5.7peratus (seperti yang diumumkan kerajaan),” katanya.

Beliau
berkata, cara pengiraan untuk mengukur garis kemiskinan yang digunakan
sekarang hanya mengambil kira keperluan asas sahaja dan ia tidak
mengambarkan keadaan sebenar.

“Seharusnya, ia perlu mengikut
kaedah ukuran PGK seperti apa yang diamalkan di negara-negara maju,
seperti Sweden dan Singapura,” katanya, sambil menambah, kaedah yang
digunakan di Malaysia sekarang tidak lagi bersesuaian, dengan kedudukan
negara ini yang semakin membangun.

Kiraan tidak tepat

Dr
Denison berkata, cara pengiraan yang diamalkan oleh negara-negara maju
adalah purata pendapatan isi rumah dibahagi dua, bagi menentukan garis
kemiskinan.

Misalnya, kini purata pendapatan bulanan isi rumah
rakyat Malaysia ialah sebanyak RM3,686. Menurut Dr Denison, ini
bermakna, garis kemiskinan ialah separuh daripadanya, iaitu RM1,843.

Bagaimanapun,
berdasrkan pengiraan 2005, garis kemiskinan untuk seluruh negara adalah
RM691 bagi pendapatan bulanan, manakala bagi Semenanjung pula,
jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi
keluarga seramai lima anggota.

Dr Denison mahu kaedah pengiraan
garis kemiskinan itu mengambilkira kualiti hidup rakyat kerana kaedah
yang digunakan sekarang tidak mengambarkan taraf hidup isi rumah.

“Konsep
pengiraan garis kemiskinan perlulah mengambil kira kualiti hidup
sesebuah keluarga dengan melihat sama ada mereka mempunyai peti sejuk,
televisyen, komputer dan sebagainya. Bukan semata-mata melihat kepada
keperluan asas sahaja.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sungai
Siput, Dr Jayakumar juga bersetuju supaya kaedah pengiraan garis
kemiskinan, bukan lagi hanya berpandukan kepada keperluan asas
semata-mata.

“Keadaan ini tidak realistik di mana garis
kemiskinan hanyalah berjumlah RM691 untuk keluarga yang mempunyai lima
anggota. Ini kerana jika kita lihat kos hidup di bandar-bandar kini
tinggi, maka kadar ini tidaklah bersesuaian.

Menurutnya, kaedah
pengiraan yang digunakan tidak mencerminkan keadaan sebenar berikutan
bantuan yang disediakan kerajaan tidak dapat diagihkan kepada mereka
yang memerlukan bantuan kerana kadar kemiskinan yang rendah.

sumber ; malaysiakini.com/bm

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.