Pergggh besarnya payudara dan pejal, apa rahsianya...klik sini
Powered by MaxBlogPress  

Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia

Posted on January 30, 2008
Filed Under isu semasa |



KUALA LUMPUR, 30 Jan - Bekas Mufti Selangor, Dato’ Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh hari ini (3.05 petang) selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Dato’ Ishak Baharom telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. - mns/lanh

Alfatihah untuk Allahyarham Dato’ Ishak Baharom. Saya suka lihat muka arwah yang sentiasa tenang semasa wajah beliau kerap muncul di kaca-kaca TV memberi ceramah sebelum digam kerana menyertai PAS. Hilang lagi seorang Ulama besar di Malaysia.

Sumber: Harakahdaily

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.