Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Baca 2 buku setahun, macam 1996

Posted on April 27, 2008
Filed Under isu semasa |



Orang Malaysia tidak suka membaca buku, masih lagi purata dua buku
setahun seperti tinjauan pada 1996, kata ketua setiausaha Kementerian
Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dr Muzahet Masruri.

Beliau
berkata Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia pada 2005 yang dijalankan
Perpustakaan Negara Malaysia (PMN) menunjukkan amalan membaca negara
ini berada pada peratusan yang tidak berbeza lebih sedekad lalu, lapor Bernama.

Tambahnya,
kekurangan minat ini menuntut usaha berganda menerusi kerjasama semua
pihak termasuk sekolah, agensi kerajaan, persatuan industri buku dan
badan bukan kerajaan (NGO).

“Kementerian menerusi PNM telah
mengorak langkah tanpa jemu menganjurkan program menyemai dan memupuk
minat membaca dengan memberi fokus kepada murid-murid pra sekolah,”
beliau dilaporkan berkata semasa berucap merasmikan program “Lets Read
Together” di perpustakaan itu, hari ini.

sumber : malaysiakini.com

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.