Anak ke 12 Sultan Brunei dengan Azrinaz
Posted on February 5, 2008
Filed Under isu semasa |
BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah semalam mengumumkan nama anak baginda yang ke-12 sebagai Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Nurul Iman, Puteri Ameerah selamat dilahirkan oleh bondanya, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar Hakim pada pukul 4.21 petang, pada 28 Januari lalu.

Tembakan meriam 21 das turut dilepaskan di hadapan Istana Nurul Iman sebagai tanda kesyukuran atas kelahiran Puteri Ameerah.
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Hassanal dan seluruh kerabat diraja Brunei mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu yang mengucapkan tahniah atas kelahiran tersebut.
Sultan Brunei yang berkahwin dengan Azrinaz, 28, pada Ogos 2005 sebelum ini turut dikurniakan seorang anak lelaki, Putera Abdul Wakeel, 1. - Agensi





Leave a Reply