Penyanyi ditahan JAIM
Posted on February 7, 2008
Filed Under isu panas |
MELAKA: Seorang penyanyi balada yang juga finalis Bintang Penghibur HMI 2001 antara yang ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya di sini, tengah malam, kelmarin.
Pusat hiburan itu diserbu anggota penguat kuasa kira-kira jam 12 tengah malam dalam operasi bersepadu membabitkan jabatan imigresen dan polis.
Penyanyi berusia 29 tahun kelahiran Klang, Selangor, itu ditahan bersama 10 pengunjung wanita lain kerana didapati berpakaian seksi dan menjolok mata.
Ini kali kedua penyanyi itu ditahan atas kesalahan sama oleh penguat kuasa Jaim. Awal tahun lalu, dia turut ditahan kerana berpakaian seksi di sebuah pusat hiburan berdekatan.
Ketika ditahan dalam operasi itu, penyanyi itu didapati menghiburkan puluhan pengunjung dengan nyanyian lagu popularnya dan terkini.
agak-agak siapa penyanyi ni?





Leave a Reply