Muka jerawat batu,jeragat,jerabat,parut, hilang dalam masa 2 minggu sahaja
Powered by MaxBlogPress  

Lihat Gadis Bogel Punca Mati Pucuk (18SX)

Posted on August 9, 2008
Filed Under isu panas |



Internet yang pada masa kini dipenuhi oleh banyak gambar-gambar lucah
sebenarnya merbahaya kepada kejantanan lelaki dalam jangka masa
panjang. Mungkin inilah antara rahsia mengapa Islam memerintahkan
wanita agar menutup aurat dan mengharamkan lelaki melihat aurat wanita
melainkan aurat isterinya. Wanita yang berpakaian terlalu berani dan
terlalu seksi hingga membangkitkan nafsu berahi akan menyebabkan lelaki
menjadi mati pucuk atau lemah zakarnya, malah boleh mengalami kanser
prostat.

Seorang pengkaji berpengalaman berasal dari Rusia bernama Leonid
Kitaev-Smyk di Russian Research Institute of Culturology of the Russian
Academy of Sciences menyatakan bahawa sejak bermulanya revolusi seksual
di Barat, ramai wanita berpakaian mendedahkan aurat sedangkan di Timur
wanita masih berpakaian sopan menutup aurat atau berjubah. Ramailah
lelaki yang bangkit berahinya bila melihat wanita berpakaian mini atau
berpakaian nipis yang menampakkan kulit tubuh dengan jelas.

Pada masa kini, pakaian yang dikenakan oleh sebahagian wanita secara
langsung atau tidak langsung berperanan meningkatkan nafsu berahi
lelaki yang melihatnya. Bahayanya terletak pada keadaan bila mana
lelaki melihat wanita yang mendedahkan aurat ini, lalu bangkit
berahinya, dan nafsu yang memuncak itu tidak dapat dipuaskan (dengan
jimak). Kitaev-Smyk membuat kesimpulan bahawa ini adalah penyebab
lelaki mengalami mati pucuk dan kanser prostat.

“Pada waktu ini 70% dari gejala mati pucuk terjadi akibat nafsu seks
tidak dapat dipuaskan” kata Kitaev-Smyk. Beliau selanjutnya membuat
kesimpulan bahawa wanita telah menguburkan kesihatan lelaki dengan
menelanjangkan kaki dan berpakaian mini. Seseorang wanita berpakaian
amat seksi kononnya bertujuan membahagiakan pasangan lelakinya telah
menyebabkan lelaki lain menderita mati pucuk akibat penampilan yang
mencairkan.

Perlu diingat bahawa mati pucuk bukan hanya bersebab dari melihat
wanita berpakaian mini. Pakar-pakar juga menyebut bahawa sejumlah
kegiatan lain juga menyebabkan zakar jadi lemah dan mati pucuk,
termasuklah melihat laman-laman porno, menonton video porno, melihat
tarian bogel, dan lain-lain kegemaran yang membangkitkan nafsu berahi
tetapi tidak ada tempat yang sah (iaitu menjimak isteri) untuk
menyalurkannya.

Saya sendiri pernah menerima beberapa petua dari bapa mertua. Antara
petua itu ialah kerap jimak untuk menjaga kesihatan dan kerukunan
rumahtangga. Alhamdulillah petua itu telahpun saya kongsikan bersama
ramai lelaki yang pernah membaca buku-buku dan e-book yang saya tulis.
Dalam Ilmu Senggama Bangsa Cina Kuno juga telah dicatat bahawa zakar
patut dilatih (dengan kekerapan jimak yang normal), jika tidak maka ia
akan ‘menemui kehancuran’ (mati pucuk).

Berbagai kajian dan penelitian telah menunjukkan betapa banyaknya
faedah yang diperolehi dari aktiviti jimak (suami isteri) yang
dilakukan secara sihat, kerap dan sempurna. Faedah ini bukan hanya
dirasakan oleh lelaki malah wanita juga.

Ada khabar gembira yang telah disampaikan oleh pakar-pakar Finland.
Mereka telah melakukan kajian dan penemuannya telah dimuatkan dalam The
American Journal of Medicine (July 2008). Mereka menyatakan bahawa
jimak secara kerap akan memberi manfaat tambahan iaitu mengurangkan
risiko mengalami masalah lemah zakar atau mati pucuk.

Dr. Juha Koskimaki, pakar dari Tampere University Hospital’s
Departement of Urology telah membuat kesimpulan itu setelah melakukan
kajian ke atas 1,000 lelaki Finland yang berusia 55 hingga 75 tahun.
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang melakukan jimak kurang 2 kali
seminggu menghadapi risiko mati pucuk dua kali ganda lebih besar
berbanding lelaki yang jimak secara kerap seminggu sekali.

Antara lelaki yang melakukan jimak kurang dari 1 kali seminggu,
terdapat 79 kes mati pucuk dari 1,000 lelaki. Hanya 32 kes mati pucuk
dalam 1,000 lelaki yang melakukan seks rutin 1 kali seminggu, dan kadar
mati pucuk menurun ke 16 kes dalam 1,000 bagi lelaki yang melakukan
jimak 3 kali atau lebih dalam masa seminggu.

Hasil kajian juga mencatat bahawa kekerapan ketegangan zakar waktu pagi
tidak ada hubungan dengan kes lemah zakar (kes yang belum parah).
Walaupun begitu, mati pucuk (kes yang parah) boleh diramal dari
kekerapan seseorang lelaki mengalami ketegangan zakar di waktu pagi.
Bagi lelaki yang mengalami ketegangan zakar pagi hari kurang 1 kali
seminggu, risiko untuk mengalami mati pucuk ialah 2.5 kali ganda lebih
besar berbanding lelaki yang mengalami 2 atau 3 kali ereksi pagi dalam
seminggu.

Koskimaki berkata “Jimak yang kerap berperanan penting dalam memudahkan
fungsi ketegangan zakar pada lelaki yang berusia lanjut, ketegangan
zakar waktu pagi juga mempunyai pengaruh yang sama. Aktiviti jimak yang
berterusan boleh menurunkan kadar kes mati pucuk dan ia ada kaitan
secara langsung dengan kerapnya melakukan jimak”.

Dr. Hossein Sadeghi-Nejad seorang profesor madya Urologi dari UMDNJ New
Jersey Medical School Hackensack University Medical Center pula
menyatakan bahawa penelitian ini mempunyai asas ilmiah dan selari
dengan konsep pembedahan vaskular. Katanya “Ini adalah serupa seperti
apa yang terjadi pada bahagian tubuh lain bila kita merujuk pada satu
konsep dalam pembedahan vaskular yang menyebut ‘use it or lose it’.

Menurut Sadeghi-Nejad aktiviti jimak akan membantu pemeliharaan fungsi
ketegangan zakar secara normal. Beliau juga ada menyatakan bahawa jika
oksigen dalam zakar dapat ditingkatkan maka zakar akan kembali menegang
secara normal. Sadeghi-Nejad juga menekankan bahawa kajian ini hanya
ditumpukan kepada jimak melalui faraj (kaedah yang benar), bukannya
menjimak dubur dan bukan pula melakukan onani atau masturbasi.

sumber artikel : ibnu yusof

Artikel berkaitan

Comments

Leave a Reply





This blog uses the CommentLuv plugin which will try and parse your sites feed and display a link to your last post, please be patient while it tries to find it for you.